web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Annuar Sedia Pertahan Kerusi Parlimen Ketereh Pada PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 4:59PM

Annuar Musa - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, bersedia dan berhasrat mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika diputuskan sebagai calon UMNO.

“Sebenarnya ramai, bukan saya sahaja (ingin jadi calon). Kalau kita ada keinginan untuk berkhidmat maka ada keinginan untuk menjadi calon.

“Itu keinginan tetapi sama ada jadi calon mewakili parti, partilah akan menentukan bukan kita,” kata Ketua UMNO Ketereh itu sambil menjelaskan kedudukan itu hanya akan diputuskan oleh ‘Top Five’ UMNO.

Beliau berkata demikian  dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 di kementeriannya di sini, hari ini.

‘Top Five’ merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober lalu  untuk memberi laluan kepada PRU15 selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada PRU-14 lepas, Annuar, yang mewakili Barisan Nasional (BN), mengekalkan kerusi Parlimen Ketereh apabila menang dengan majoriti 4,626 undi mengalahkan calon PAS, Allahyarham Wan Ismail Wan Jusoh dan Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Radzi Jidin.

Annuar berkata UMNO Ketereh telah melaksanakan gerak kerja di semua peringkat bagi menghadapi PRU-15.

“Dari segi kesiapsiagaan, saya percaya UMNO dan BN berada di barisan hadapan dari segi gerak kerja dan sebagainya. Kita mempunyai acuan kerja dan kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang telah lama kita amalkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 6 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad