web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendakwaan Terpilih Balasan Kerana Setia Bersama Parti – Nur Jazlan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 7:59PM

Nur Jazlan Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendakwaan terpilih yang dikenakan ke atas pemimpin UMNO adalah balasan atas kesetiaan mereka untuk terus berjuang bersama parti dan mengenepikan pujuk rayu pembangkang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, itu adalah senario yang menimpa Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila enggan menyertai pakatan pembangkang.

Menurut beliau, semua perkara itu berlaku susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan keengganan Zahid menuruti arahan Tun Dr Mahathir Mohamad agar UMNO dibubarkan.

“Demi mempertahankan prinsip perjuangan diri dan parti, dia akhirnya jadi dendam seorang tua yang tak sedar diri.

“Sebab itulah Zahid mahu semua pemimpin BN dan UMNO bekerja keras untuk PRU-15 ini supaya BN boleh menang dan mereka tak jadi mangsa dendam politik pihak Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang sentiasa rakus mahu menjahanamkan UMNO,” katanya hari ini.

Nur Jazlan berkata, petikan ucapan Zahid yang telah diputar belit mencerminkan sikap sebenar pembangkang, apabila sengaja menggunakan taktik kotor untuk menyerang BN.

“Begitulah perangai pembangkang, kurang cerdik atau saja nak serang BN dan UMNO menjelang PRU15 ini. Zahid nak dedahkan pekung puak PH dan PN yang gunakan taktik kotor buat pendakwaan terpilih terhadap pemimpin UMNO sebab dendam.

“Pemimpin parti lawan (pun) mula putar belit cerita, timbulkan persepsi bahawa UMNO mahu buat PRU-15 cepat sebab nak selamatkan beberapa pemimpin yang rasuah, termasuk Zahid (yang kononnya) nak selamatkan diri sendiri daripada pertuduhan yang sedang dia hadapi sekarang ini,” tegasnya.

Beliau mengulas lanjut, peringatan diberikan Presiden UMNO ketika Konvesyen MIC baru-baru ini mungkin disampaikan secara berseloroh, tetapi pada hakikatnya mantan Timbalan Perdana Menteri itu telah melalui perbicaraan trial by public opinion yang menjejaskan imejnya walaupun dibebaskan oleh mahkamah.

“Itulah cara political assassination yang dipakai oleh Si Tua Jurassic dengan dibantu pendakwa dan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lantikan politik semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan,” katanya, merujuk kepada tindakan diambil Dr Mahahthir.

Ketua UMNO Bahagian Pulai itu berkata, hanya pemimpin UMNO yang masih setia dengan parti itu sahaja terpilih untuk dituduh di mahkamah sedangkan katak politik yang melompat ke BERSATU dilayan dengan begitu baik.

“Nama seperti Tun M, (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) dan Mas Emeryati (Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin) yang Zahid sendiri sebut nama mereka dalam mahkamah ketika kes VLN (sistem Visa Luar Negara) boleh hidup bebas dan dilantik jadi menteri serta timbalan menteri.

“Kenapa mereka tak kena? Jawapannya mudah, sebab mereka sanggup bersekongkol dengan pihak lawan UMNO dan sanggup tinggalkan parti untuk selamatkan diri mereka daripada didakwa,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Nur Jazlan berkata, orang ramai juga tidak boleh mengenepikan aspek pengguguran tuduhan terpilih yang dilihat pernah berlaku sebelum ini ke atas pemimpin PH.

“Sebelum PH menang PRU-14, Pengerusi DAP sekarang, (Lim) Guan Eng sedang berdepan perbicaraan tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon.

“Selepas saja PH naik jadi kerajaan pada 2018, pada tahun sama juga secara tiba-tiba Pejabat Peguam Negara melalui pendakwa raya kes membuat keputusan untuk menarik balik kes terbabit, sampaikan pihak SPRM yang melakukan dan menyerahkan kertas siasatan kes itu juga terkejut dengan tindakan berkenaan,” dakwanya.

Ketika itu jelas Nur Jazlan, jawatan Peguam Negara disandang oleh Tan Sri Tommy Thomas yang dilantik kerajaan PH, justeru rakyat perlu difahamkan mengapa kes Guan Eng itu ditarik sehingga beliau dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

“Ini bermakna Eng Guan belum benar-benar didapati bersih daripada skandal rasuah kerana pertuduhan itu ditarik balik ketika perbicaraan sedang berjalan. 

“Jadi kita boleh nampak dengan jelas apakah maksud dan intipati sebenar ucapan Zahid yang telah diputar belit serta disalah tafsir oleh pihak lain,” katanya. – Getaran, 17 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 14 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran