web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Akan Cari Kerusi Sesuai? Khairy Ucap Terima Kasih

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 5:57PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - “Terima kasih.”

Itu respon ringkas penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin susulan jaminan diberikan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, bahawa gabungan itu akan mencari kerusi bersesuain untuk beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya tiada apa lagi hendak tambah,” kata Khairy ketika diminta pemberita untuk mengulas lanjut pada sidang media penyerahan Pusat Jantung Hospital Serdang di sini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat semalam dilaporkan berkata, Khairy merupakan pemimpin muda yang berkaliber untuk negara dan BN tidak boleh kehilangan individu sepertinya.

“Kami tidak mahu bakat beliau itu hilang begitu sahaja. Kami (akan) cuba cari tempat yang sesuai untuk beliau bertanding pada PRU-15.

“Alhamdulilah, kami di Rembau ni (ada) semangat kekeluargaan. Kami ni beradat kan, jadi kita beradat dalam teranglah, jadi tidak ada isu pasal  Rembau lagi,  Insya-Allah,” katanya.

Khairy sebelum ini mengesahkan tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15, selepas beliau diarah mengosongkan kerusi itu oleh Tok Mat, yang mahu bertanding di kawasan tersebut.

Pada masa sama, Mohamad juga dilaporkan bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2014.

Khairy kemudian dipetik sebagai berkata, beliau terpaksa akur dengan arahan itu walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau.

Kesediaan Khairy memberi laluan kepada Tok Mat untuk bersaing di kerusi Parlimen Rembau pada PRU-15, mencetuskan persoalan, di mana pula Menteri Kesihatan itu bakal bertanding kelak. 

Beberapa penganalisis politik berpendapat, mantan Ketua Pemuda UMNO tersebut lebih sesuai bertanding di Parlimen Putrajaya dan Seremban.

Penyandang Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook turut mengulas ura-ura Khairy bakal bertanding di Parlimen Seremban.

Setiausaha Agung DAP itu menyifatkan, Menteri Kesihatan berkenaan sebagai tokoh politik berkaliber dan lawan yang kuat.

Sekiranya benar Khairy bertanding di Parlimen Seremban, jelasnya, maka persaingan tersebut amat sengit dan menjadi antara kerusi paling ‘panas’ pada PRU-15.

Baru-baru ini, timbul pula spekulasi bahawa Khairy  akan bertanding di Parlimen Tampin pada PRU-15. - Getaran, 17 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik