web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penyertaan IMAN Mampu Bantu GTA Menang PRU-15 - Dr Mahathir

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 9:30AM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad yakin penyertaan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dalam Gerakan Tanah Air (GTA) mampu membantu gabungan parti politik  itu menang dalam  Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Pengerusi Penaja GTA itu berkata keyakinan tersebut berpaksikan kepada jumlah keahlian IMAN yang ramai di seluruh negara, serta keinginan komuniti India Muslim untuk memastikan suara mereka didengari di peringkat kerajaan.

“Kita tahu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti IMAN ini tidak terlibat secara langsung dalam politik, cuma harapan mereka ialah perjuangan dan suara mereka akan diterima oleh mana-mana kerajaan yang memerintah negara.

“Jadi saya yakin komuniti India Muslim akan memainkan peranan yang besar dalam PRU15,”kata bekas perdana menteri itu pada program majlis makan malam di sini malam tadi. 

Turut hadir majlis itu ialah Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Presiden IMAN, Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak, Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASAN), Zamani Ibrahim. 

GTA yang ditubuh pada 4 Ogos dan diketuai oleh PEJUANG telah menyatakan pendirian sebelum ini akan meletakkan 120 calon di seluruh negara pada pilihan raya itu dengan lebih 30 peratus adalah calon muda. 

Kesemua calon juga akan bertanding di atas tiket PEJUANG memandangkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) belum lagi meluluskan permohonan pendaftaran gerakan itu. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad