web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Kekal Poster Boy BN, Calon PM - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 4:45PM

Ahmad Zahid Hamidi - Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal dinamakan sebagai “poster boy” Barisan Nasional (BN) dan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendirian gabungan itu berhubung perkara itu tidak berubah sekiranya BN berjaya mentadbir Putrajaya. 

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata berikutan ketetapan itu, tidak timbul soal beliau akan menjadi calon perdana menteri bagi BN selain menegaskan perkara yang dimainkan pihak tertentu berhubung perkata itu adalah tidak benar. 

"Kita sudah buat keputusan, di peringkat parti Ismail Sabri adalah 'poster boy' dan calon Perdana Menteri  adalah muktamad seperti yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) UMNO. 

Perbuatan mereka (pihak tertentu) hanyalah mahu melaga-lagakan semua pihak khususnya komponen dalam BN selain cubaan memecahbelahkan UMNO kerana mereka tiada modal," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini. 

Sebelum ini, terdapat kenyataan pihak tertentu yang mendakwa penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu akan dinamakan sebagai calon perdana menteri sekiranya BN memenangi PRU-15. 

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan turut dilaporkan menafikan kenyataan yang mendakwa Ahmad Zahid dinamakan sebagai calon perdana menteri seperti tular di media sosial. 

Sementara itu, Ahmad Zahid menyifatkan kenyataan daripada Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa masih terdapat “kekeruhan” membelenggu UMNO melibatkan beberapa perkara antaranya isu rasuah yang belum selesai lebih kepada pandangan peribadi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata beliau yang sentiasa mendukung amalan demokrasi berparlimen, mengalu-alukan mana-mana individu berhasrat untuk bertanding di Parlimen Bagan Datuk pada PRU-15.

"Negara kita mengamalkan demokrasi dan semua ahli politik mendukung perkara itu, saya jemput sesiapa jua yang layak untuk bertanding di sini. 

"Jika Mohamed Tawfik (Tun Dr Ismail) mahu ke Bagan Datuk maka saya persilakan kerana pada akhirnya rakyat yang akan membuat keputusan dan sudah pasti mereka bijak untuk menilai yang mana intan ataupun kaca," katanya. 

Sebelum ini, media melaporkan anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu sedia menentang Ahmad Zahid di mana sahaja Pengerusi BN itu bertanding termasuk di Bagan Datuk.

Mohamed Tawfik, yang merupakan pengasas Gerak Independent pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut di Johor, dari 1986 hingga 1990. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 8 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran