web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: UMNO Akan Cari Tempat Sesuai Untuk Khairy - Mohamad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 4:00PM

Mohamad Hasan - Gambar Aliff Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - UMNO akan mencari tempat sesuai untuk penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Khairy yang juga Menteri Kesihatan merupakan pemimpin muda berkaliber dan baik untuk negara dan sudah tentu UMNO tidak mahu beliau ‘hilang’ begitu sahaja.

"Kita cuba cari tempat sesuai untuk beliau untuk bertanding di PRU-15," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau, di sini, hari ini.

Terdahulu, pada mesyuarat sama, Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau dalam ucapan penggulungannya berkata beliau memberi laluan kerusi Parlimen Rembau kepada Mohamad pada PRU-15.

"Itu semangat kekeluargaan di Rembau, kami beradat. Alhamdulillah kita akan pastikan jentera di Rembau dipertingkatkan lagi, tiada isu kerusi Rembau lagi," kata Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau.

Mengenai mesyuarat perwakilan hari ini, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata parti itu perlu memberi tumpuan di beberapa kawasan yang mengalami kekalahan tipis pada PRU-14.

"Kita tidak cakap tentang sasaran kerusi,  sasaran kita nak menang jadi mesti melepasi 112 kerusi supaya dapat tubuhkan kerajaan pada PRU-15 ini.

"Kalau boleh menang banyak, lagi baik dan kawasan dulu yang kalah tipis perlu diberikan tumpuan yang lebih oleh pimpinan di kawasan tersebut," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM