web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Henti Sabotaj, Pastikan Kemenangan BN - PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 11:52AM

Ismail Sabri merangkap Ketua UMNO Bahagian Bera berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera 2022 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Perbuatan sabotaj atau ‘cah keting’ perlu dihentikan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk membentuk kerajaan yang stabil, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata ahli parti seharusnya meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan kerana ‘siapa juga yang dipilih sebagai calon pada pilihan raya membawa bendera parti’, bukannya bertanding atas kapasiti individu dan kemenangan mereka adalah untuk BN.

“Dalam pilihan raya semua hendak bertanding dan ramai yang layak untuk menjadi calon … Nak berangan sedikit mahu menjadi calon ok lah, tapi jangan sebab kita hendak bertanding, kita sabotaj kawan yang bertanding, bergerak ke hulu ke hilir untuk pastikan kawan kita kalah.

“Jangan fikir tentang kita sahaja. Kita seronok dua, tiga hari sahaja kerana kawan kalah, tetapi akhirnya yang menderita ialah rakyat. Bayangkan perasaan ahli yang masuk parti daripada usia muda, tidak tidur malam bekerja untuk parti, (sudah pasti kecewa) apabila melihat pimpinan sendiri yang sabotaj sesama sendiri,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini. 

Perdana Menteri turut menegaskan keputusan PRU14 yang menyaksikan BN gagal membentuk kerajaan di Persekutuan, perlu dijadikan pengajaran untuk menguatkan kesepakatan supaya BN menang besar kali ini, untuk mengelak ketidakstabilan politik sehingga menyebabkan pertukaran kepimpinan negara beberapa kali sejak 2018.

“Pilihan raya kali ini berbeza. Dulu, UMNO dan BN masuk pilihan raya dengan jangkaan mesti menang dan mesti boleh membentuk kerajaan di Putrajaya. Namun, selepas PRU14, jaminan 100 peratus ini tidak boleh lagi diberikan, tidak boleh lagi ambil mudah dan kita kena kerja keras untuk memastikan kemenangan BN,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera juga mengimbau selepas keputusan PRU14 diumumkan, yang menurut beliau walaupun berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Bera dengan majoriti 2,311 undi, kemenangan itu tidak sama apabila mengetahui ramai rakan dalam parti tewas.

“Biasa selepas keputusan pilihan raya, kita di Bera akan berjamu ... kawan-kawan dari MIC bawa bunga malai. Tetapi malam itu, di Bera kita senyap sahaja dan terus saya beritahu tak perlu bawa bunga kerana walaupun Bera menang, ia tidak bermakna.

“Jangan lupa dan jangan ambil mudah. Pengalaman pada PRU14 kena dijadikan pengajaran. Kali ini, kita kena bekerja lebih keras kerana Parlimen Bera sudah berbeza. Semua mata melihat ke sini kerana di sini Parlimen Perdana Menteri,” katanya.

Sehubungan itu, Ismail Sabri mengingatkan jentera UMNO, MCA dan MIC untuk bekerja sebagai ‘satu keluarga’ untuk mengekalkan kemenangan besar BN di Parlimen Bera dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai dan Kemayan, selain merampas semula DUN Triang daripada Pakatan Harapan.

Gerak kerja itu juga, menurut beliau harus bermula seawal mungkin memandangkan pilihan raya umum sudah terlalu hampir selepas beliau mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okt lepas, dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran