web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ku Li, 85, Sedia Pertahan Gua Musang Bagi Penggal Ke-13 Jika Dipilih Calon

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 7:26PM

Tengku Razaleigh Hamzah - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, 85, bersedia mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang, sekiranya parti itu memilihnya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tengku Razaleigh berkata, pengundi di kerusi dipertahankannya selama 12 penggal itu, tidak mahu beliau berundur.

“Bagi saya, saya serahkan kepada parti. Di Gua Musang, rakyat, khususnya Orang Asli memberitahu saya mereka tidak mahu saya bersara,” kata Tengku Razaleigh seperti dilaporkan Berita Harian selepas UMNO mengadakan mesyuarat di Gua Musang hari ini.

Beliau berkata, UMNO Bahagian juga meminta beliau menawarkan diri sebagai calon semula.

Jika dipilih UMNO, ia menjadikan Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li calon kedua tertua yang pernah bertanding pada pilihan raya di Malaysia setakat ini.

Perdana menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad, 97, baru-baru ini berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Langkawi.

Dr Mahathir kini bersama Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang diasaskannya di bawah gabungan Gerakan Tanah Air (GTA). – The Vibes, 15 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Maut Dalam Kenderaan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 6 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 14 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad