web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permintaan Wanita PH Untuk Wan Azizah Bertanding PRU-15 Akan Dipertimbangkan - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 7:09PM

Wan Azizah (kiri) dan Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) akan mempertimbangkan permintaan sayap Wanita PH yang mahu Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau maklum mengenai permohonan itu dan perkara itu akan dipertimbangkan selain fokus pakatan itu adalah bagi persiapan jentera parti untuk memenangkan calon-calon PH.

“Ada permohonan dan pertimbangan serta permintaan daripada Wanita PH, kita akan bagi pertimbangan. Saya pun belum tahu (Wan Azizah) akan bertanding atau tidak,” katanya kepada media selepas melancarkan Iltizam Wanita PH dan Jentera PRU15 di sini hari ini. 

Pada PRU14, Wan Azizah yang mewakili PKR di Parlimen Pandan menang besar 52,543 undi majoriti menewaskan calon BN Leong Kok Wee.

Dalam pada itu, Presiden PKR itu juga berkata PH akan sedaya upaya memastikan sasaran 30 peratus wanita sebagai calon dalam pilihan raya dapat dicapai. 

“Bagi kita kalau dapat capai 30 peratus itu satu permulaan yang meyakinkan. Itu juga adalah tuntutan Wanita PH dan kita tidak boleh pandang ringan permintaan ini kerana mereka adalah tonggak dan kekuatan dalam gerakan kita,” katanya.

Anwar juga sekali lagi menegaskan bahawa keputusan PH untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan adalah bagi memastikan ketiga-tiga negeri itu dapat menumpukan usaha bagi persediaan menghadapi musim banjir. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik