web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


P.Pinang Akur Keputusan PH Tidak Bubar DUN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 6:00PM

Chow Kon Yeow - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - DAP telah sedaya upaya untuk meyakinkan pimpinan Pakatan Harapan (PH), berhubung hasrat Pulau Pinang mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata Majlis Presiden PH bukan tidak setuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan PRU15, tetapi kalau boleh diadakan secara serentakdi semua negeri pimpinan PH.

“Oleh kerana tidak dapat mencapai keputusan itu (negeri-negeri PH bubar) maka diputuskan ketiga-tiga negeri ambil tindakan selari, iaitu kalau bubar sama-sama bubar... kalau tidak bubar, tidak semua. DAP Malaysia dan Pulau Pinang telah sedaya upaya yakinkan pucuk pimpinan (PH), dan kami juga diberi peluang untuk berbincang secara menyeluruh berhubung perkara tersebut.

“Sekarang kita terima keputusan itu (tidak bubar) dan fokus kepada PRU15, di Pulau Pinang masih ada PRU15 dengan 13 kerusi Parlimen dipertandingkan di sini. Kita akan fokus segala sumber serta gerak kerja bagi pastikan PH dapat menang sebanyak mungkin kerusi di sini (Pulau Pinang),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Jagaan Suria, di Sungai Ara dekat sini hari ini.

Mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini memutuskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, tidak akan dibubarkan sehingga tahun depan.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata pendirian asal PH untuk tidak membubarkan DUN Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang pada tahun ini harus dikekalkan, bagi mengelak keadaan yang akan menggambarkan PH tidak bersatu.

Mengulas lanjut, Chow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata kerajaan negeri berharap rakyat menerima keputusan yang dibuat itu, walaupun sedar ada pihak yang kecewa namun pihaknya juga telah sedaya upaya mencuba termasuk melalui proses rayuan, berhubung perkara tersebut dengan Majlis Presiden PH.

“Pada asalnya keputusan sudah dibuat dan kita membuat rayuan, bila kata ada proses rayuan mesti ada keputusannya...kita harap pengundi faham, walaupun ada yang kecewa termasuk pihak media kerana terpaksa buat kerja dua kali.

“Tapi ini satu keputusan dan proses demokrasi dan yang penting semua penyokong serta ahli parti tumpu perhatian apa yang penting pada PRU15 nanti, kukuhkan semangat demokrasi untuk capai kemenangan nanti,” katanya.

Chow berkata beliau juga telah menyampaikan keputusan rasmi PH, yang tidak mahu membubarkan DUN Pulau Pinang kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, hari ini.

Ketika ditanya bila PRN Pulau Pinang akan diadakan tahun depan, Chow berkata ketiga-tiga negeri pimpinan PH perlu membuat keputusan sebulat suara, untuk mengadakan PRN pada masa yang sama tahun hadapan.

Sehingga kini, hanya Pahang dan Perlis yang ditadbir Barisan Nasional (BN) telah membubarkan DUN masing-masing, manakala PAS yang mentadbir Kelantan, Terengganu dan Kedah, juga mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN di tiga negeri berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 2 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 13 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran