web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Kerjasama BERSATU-PH Dalam PRU-15, Sedia Hadapi Saingan Pelbagai Penjuru

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 2:56PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membuat ketetapan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BERSATU turut mengambil maklum pendirian Majlis Presiden PH yang membuat keputusan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan parti itu.

Katanya, parti itu akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) bersama PAS, GERAKAN, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sebagai gabungan politik pelbagai kaum di negara ini.

“Gabungan politik ini berhasrat menawarkan kepimpinan yang bebas rasuah, cekap dan prihatin demi kemakmuran seluruh rakyat.

“Selaras dengan prinsip demokrasi dan kebebasan rakyat untuk memilih, BERSATU bersedia menghadapi pertandingan pelbagai penjuru dalam PRU-15 melibatkan PN, Barisan Nasional (BN), PH dan parti politik lain yang akan bertanding,” katanya.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Terdahulu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau terbuka untuk bekerjasama dengan seteru termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin untuk mendepani cabaran dalam PRU-15.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, pintu kerjasama itu sentiasa terbuka asalkan berlandas prinsip tertentu, bukan semata-mata untuk menumbangkan UMNO dan BN.

"Come together itu memang kenyataan yang lunak seperti bersatu. Bersatu itu apa? Ada orang bersatu yang nak rompak, ada bersatu dengan macam cerita persatuan 40 penyamun. Jadi bersatu itu mesti bersandarkan kepada beberapa prinsip yang jelas.

"Ada kelola yang baik, menolak rasuah, tidak bersetuju dengan dasar perkauman atau fanatik agama, itu prinsip utama dan kalau bersetuju silakan, ini bukan mirip monopoli mana-mana parti,” katanya.

Jelas Anwar, PH komited dalam melaksanakan agenda reform (pembaharuan), melawan gejala rasuah dan penyalahgunaan rasuah. 

“Sesiapa saja yang bersetuju dengan prinsip ini, boleh datang dan berbincang kami. Ruang adalah terbuka," katanya.

Ujarnya, sebarang kerjasama perlu terikat dengan prinsip, bagi mengelakkan persepsi bahawa tujuan perjuangan hanya untuk menumbangkan UMNO.

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil menerusi kenyataan berasingan menjelaskan, laporan berita menyatakan bahawa parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) dan PN, adalah tidak benar.

"Saya meneliti beberapa laporan media yang membayangkan bahawa Anwar, bersedia dan terbuka untuk bekerjasama dengan GTA atau PN.

"Ini tidak benar. Pendirian PKR dan PH amat jelas, iaitu fokus utama kami adalah untuk memperkukuh PH itu sendiri," katanya.

Beliau menjelaskan, apa yang dimaksudkan Anwar adalah sebarang kerjasama dengan mana-mana parti menjelang PRU-15 tidak hanya tertumpu kepada usaha menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). – Getaran, 15 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 6 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95