web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-5: Agihan Kerusi PN Selesai Sebelum Jumaat Depan - Ahmad Samsuri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 11:38AM

Isu agihan kerusi Parlimen dan DUN dalam kalangan parti komponen PN untuk PRU-15 akan dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Perikatan Nasional (PN) akan menyelesaikan agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kalangan parti komponennya bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebelum Jumaat depan.

Pengerusi PN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara berkenaan akan dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang.

“Sebelum Jumaat akan selesai perbincangan kerusi. (Mesyuarat) fokus pada kerusi DUN dan Parlimen," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyampaian hadiah kejohanan bola sepak Terengganu Football League di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam tadi.

Naib Presiden PAS itu berkata mesyuarat tersebut juga akan memperincikan soal pemilihan calon yang bakal diketengahkan gabungan politik itu pada PRU-15 dan menurutnya PAS sudah mempunyai senarai calon berpotensi, namun masih memerlukan penelitian bagi memastikan calon terpilih adalah layak dan boleh menang.

"Senarai calon itu ada…akan dibincangkan dalam mesyuarat itu nanti. Semua sekali kami bincangkan. Kami akan selesaikan cepat kerana sedar pengundi 20 tahun dahulu dengan sekarang berbeza. Dahulu orang tengok (undi) atas parti, tetapi sekarang orang tengok calon," kata Menteri Besar Terengganu itu.

Semalam, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata senarai akhir calon yang akan bertanding akan diputuskan kepimpinan peringkat pusat selari dengan pembahagian kerusi komponen dalam PN kelak. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran