web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berhati-Hati Sebelum Percaya, Elak Pisang Berbuah 2 Kali! - Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 10:00AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat perlu berhati-hati apabila berdepan sebarang dakyah berunsur negatif yang disampaikan parti lawan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebarang perkara disampaikan blok pembangkang khususnya, perlu dikaji dan diteliti sebelum diterima pakai.

Menurut beliau, menelaah sesuatu perkara secara terperinci sememangnya memerlukan masa, namun ia penting bagi memastikan pisang tidak berbuah dua kali.

“Natijah terpedaya amat buruk sedangkan yamg menghasut semudah mengumum bersara daripada politik untuk ‘cuci tangan’.

“Yang menanggung implikasinya adalah rakyat dan negara seperti apa yang kita saksikan sejak 9 Mei 2018,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu berkata, lawan Barisan Nasional (BN) pernah mengaku memenangi pilihan raya dengan menghasut. 

“Hari-hari mereka menghasut. Mereka menghasut siapa sahaja. Tidak kira siapa mereka akan cuba hasut.

“Walaupun telah ada penjelasan tentang sesuatu perkara mereka tohmahkan, mereka tidak peduli akan kebenaran. Mereka tetap teruskan hasutan sama berulang-ulang. Inilah taktikal mereka untuk memperdaya fikiran,” tegasnya.

Jelas Zahid, kumpulan yang sama pernah melakukannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan sekali sedang berbuat demikian menjelang PRU-15.

“Isu seperti banjir besar, Yang di-Pertuan Agong selepas memperkenan pembubaran Parlimen bertitah PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat. Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan SPR mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan November,” katanya.

Jelas beliau, titah Yang di-Pertuan Agong juga selari dengan pandangan banyak pihak bahawaPRU-15 boleh diadakan sebelum musim tengkujuh diramal aktif.

“Malah Jabatan Meterologi Malaysia juga menafikan dakwaan bahawa banjir besar pasti berlaku pada penghujung November,” katanya.

Zahid menarik perhatian, ucapannya pada Kovensyen MIC yang baru berlalu juga diputar belit pihak tertentu, demi menghalalkan tohmahan dibuat.

“Ucapan diambil sekerat-sekerat dijadikan bahan fitnah. Intipati sebenar ucapan saya pemimpin BN berisiko dikenakan pendakwaan politik jika lawan BN menang PRU-15.

“Walaupun terdapat rakaman video ucapan dalam konteks sebenar, mereka tetap meneruskan putar belit,” katanya. - Getaran, 15 Oktober 2022



 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95