Berita Terkini

17 minit yang lalu: Pusat pengundian awal di Balai Polis Tekek, Pulau Tioman ditutup pukul 12 tengah hari - SPR 24 minit yang lalu: PRU15: 80 peratus keluar mengundi awal Parlimen Padang Serai, 94 peratus di DUN Tioman setakat 12 tengah hari - SPR 2 jam yang lalu: PRU15: 43 peratus keluar mengundi awal Parlimen Padang Serai, 78 peratus di DUN Tioman setakat 10 pagi - SPR 3 jam yang lalu: PRU15: 17 peratus keluar undi awal Parlimen Padang Serai, 35 peratus di DUN Tioman setakat 9 pagi - SPR 4 jam yang lalu: Piala Dunia: Serbia 2 Switzerland 3, Cameroon 1 Brazil 0

IKUTI KAMI


PRU-15: Calon Sama Di Parlimen, DUN Sudah Tidak Relevan

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 9:55AM

Strategi meletakkan muka sama bagi kedua-dua kerusi sudah tidak relevan lagi ketika ini kerana hampir semua individu dalam parti berminat untuk bertanding dalam pilihan raya dan mungkin mewujudkan rasa tidak puas hati. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya untuk parti politik ‘berganjak’ dari norma lama dengan meletakkan calon sama untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Jamaie Hamil berpendapat strategi meletakkan muka sama bagi kedua-dua kerusi sudah tidak relevan lagi ketika ini kerana hampir semua individu dalam parti berminat untuk bertanding dalam pilihan raya dan mungkin wujud rasa tidak puas hati sekiranya ahli parti tidak tercalon dalam PRU15.

Beliau berkata kebiasaannya, calon yang bertanding di kerusi Parlimen dan DUN merupakan calon heavyweight iaitu calon penting di sesebuah parti dan merasakan boleh mendapat kemenangan besar di kedua-dua kerusi.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

“Kalau bagi parti Barisan Nasional (BN) sekitar 80-an dan 90-an,  mereka biasa meletakkan calon di kedua-dua kerusi namun selepas itu sudah jarang. Ia kerana pengagihan kerusi (antara BN) bermasalah, dan kalau satu calon bertanding dua kerusi, peluang orang lain untuk bertanding itu sudah tertutup. 

“Tetapi kalau parti seperti DAP, PKR dan PAS, mereka boleh letakkan calon di kedua-dua kerusi kerana pemimpin mereka tidak ramai, (atau) calon yang boleh menang tidak ramai, jadi mereka berani untuk meletakkan calon (sama),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Memberi contoh BN, beliau berkata sekiranya calon yang sama diletakkan untuk bertanding di kedua-dua kerusi, ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati yang boleh menimbulkan tindakan protes dan boikot parti dan akhirnya menyebabkan parti itu kalah.

“Dalam keadaan sekarang yang saya nampak, yang relevan atau sentiasa mendapat kemenangan dengan meletakkan calon sama adalah DAP dan PAS. Saya setuju bahawa tidak semua parti itu sesuai untuk melakukan strategi meletakkan calon sama untuk Parlimen dan DUN,” katanya.

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

Antara figura politik yang menyandang jawatan di kerusi Parlimen dan DUN adalah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang iaitu Parlimen Marang yang ‘dipertahankan’ sehingga kini sejak tahun 1986 dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang dari 1986 juga, sebelum melepaskan kerusi itu pada PRU14.

Selain itu, veteran DAP, Lim Kit Siang pula pernah memikul tanggungjawab sama di lima negeri berbeza sebagai Ahli Parlimen (MP) antaranya di Pulau Pinang, Perak dan Johor dan ADUN di Pulau Pinang dan Melaka.

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

Lim yang juga penyandang Parlimen Iskandar Puteri pernah memenangi kerusi Parlimen Kota Melaka dan DUN Kubu (Melaka) pada PRU4 tahun 1974, namun pada PRU-5 yang diadakan tahun 1978, beliau ‘beralih angin’ dan memenangi Parlimen Petaling namun mempertahankan DUN Kubu. 

Selain itu, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula merupakan penyandang Parlimen Tambun dan DUN Chenderiang di Perak pada PRU-14.

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

Bagi bekas Perdana Menteri dan juga Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau merupakan penyandang Parlimen Pagoh sejak 1978 yang dimenangi atas tiket BN ketika itu. Di peringkat DUN Johor pula, Muhyiddin pernah menjadi ADUN Bukit Serampang (1986 dan 1990) bagi dua penggal dan memenangi kerusi Gambir pada PRU14.

Senada dengan Jamaie, penganalisis politik Datuk B. Anbumani berkata bagi PRU-15, parti politik perlu tekad dan terbuka untuk meletakkan muka baharu di Parlimen dan DUN bagi memberikan lebih peluang kepada anak tempatan terutamanya di DUN.

“Parti jangan bersifat sombong dengan meletakkan calon sama di kedua-dua kerusi di DUN, kita perlu beri keutamaan kepada anak tempatan.

“Kita mahukan MP dan ADUN berikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat kerana masalah rakyat semakin mencabar selain berdepan banyak isu ekonomi,” katanya.

Dari segi aspek pembahagian tugas seorang ahli politik sebagai MP dan ADUN, Anbumani berkata perkara itu sememangnya membebankan kerana menggalas dua tanggungjawab berat.

“Memang ada situasi mereka tidak beri perhatian sepenuhnya, ada yang terpaksa hadir ke sidang DUN, pada masa sama terpaksa bergegas ke Parlimen untuk hadiri sidang Dewan Rakyat kerana Parlimen memerlukan pemerhatian menyeluruh.

“Untuk parti politik, mereka perlu terima hakikat bahawa dulu lain dan zaman sudah berubah sekarang. Mereka perlu lebih terbuka sekiranya mahu menambat (hati) generasi muda,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Permintaan Pasaran, Ruang Kilang Lebih Luas Sokong Operasi Micron Di Malaysia

2

Kerajaan Selangor Harap Laluan ECRL Ditambah Ke Bahagian Selatan Negeri

3

Jangan Heret Rakyat Ke Kancah Perpecahan Demi Sokongan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tangani Isu Ketidakpuasan Hati Pekerja, ‘Jeritan’ Rakyat Miskin Perlu Didengari

oleh Fitri Nizam

Politik 1 hari yang lalu

PM Wajar Pilih Anggota Kabinet Ikut Hierarki Parti - Annuar

oleh Susan Albert

Politik 1 hari yang lalu

Pengundi Awal Parlimen Padang Serai, DUN Tioman Tunai Tanggungjawab Esok

Semasa 2 jam yang lalu

4 Anggota Kabinet Diumum Anwar Angkat Sumpah Sebagai Senator

oleh Farhana Farush