web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerjasama MN Tangguh Kerana Masih Ada Yang ‘Gelenyar’ Dalam UMNO - Hadi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 9:12PM

PAS tangguh hasrat bekerjasama dengan BN kerana masih ada pemimpin UMNO yang menerima rasuah dan rakus mahu memerintah negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS menangguhkan hasrat bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) kerana masih ada pemimpin UMNO yang menerima rasuah dan rakus mahu memerintah negara.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu bukan mahu bermusuh dengan UMNO tetapi kekeruhan yang timbul itu menyebabkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) terkubur.

“Kita (PAS) tak bersama dengan BN kerana ada keruh…. keruhnya masih ada penerima rasuah. Lepas tu rakus pula nak memerintah lagi, tak selesai masalah nak memerintah lagi. Kita baru tolong. PAS tolong untuk jatuhkan Pakatan Harapan (PH).

“PAS ajak orang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), orang UMNO yang keluar daripada UMNO, buat parti BERSATU masuk PH kemudian lawan pilihan raya. Kita orang PAS, dia ajak juga masuk PH kita tak ikut. Menang PH, kita pujuk orang BERSATU keluar, pujuk orang UMNO ikut sama, jatuh PH jadi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Tapi dalam UMNO ini masih ada yang ‘gelenyar’ lagi, yang tak insaf, yang tak sedar. Ini masalahnya kekeruhan. Bukan kita nak bermusuh… tak bermusuh tapi kerana ada keruh. Kerana ada keruh ini, kita tangguh dulu,” katanya dalam video yang dikongsi di Facebooknya, malam ini.

Video tersebut dipercayai dirakam ketika beliau menyampaikan kuliah Dhuha di Pantai Peranginan Kelulut dekat Marang, Terengganu, pagi tadi.

Abdul Hadi yang juga penyandang kerusi Parlimen Marang mendedahkan beliau turut dipujuk pelbagai pihak daripada peringkat bawahan sehinggalah pemimpin tertinggi meminta agar kerjasama MN diteruskan.

“Banyak orang mari pujuk saya, macam-macam pihak. Daripada setinggi-tinggi, serendah-rendah mari pujuk saya, gabunglah dengan BN ini.

“Saya kata “kita fikir-fikir dululah”. Mengapa kita tangguh dulu? Kerana ada kekeruhan. Kita jernihkan keadaan dulu. Kita gabung dengan PN, tolak yang beri rasuah, tolak yang terima rasuah,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, kerjasama yang bakal dijalin PAS dengan UMNO dan BN itu ibarat seperti ‘durian mentah’ yang boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit perut jika dimakan.

“Macam buah durianlah. Jangan kais cepat sangat. Kalau kais cepat sangat tak sempat masak lagi makan kembung perut. Dengan sebab tak beri kembung perut inilah biar masak betul-betul dulu.

“Saya tahu ada orang PAS ini tak tahan liur sangat dah. Nak makan pengat durian, liur sangat dah. Durian mentah lagi, kena sabar dulu, biar masak elok dulu.

“Ada ni, bukan yang jahil yang alim pun ada. Ada alim dia tak boleh baca politik, di baca kitab saja. Saya boleh politik kerana saya mengkaji politik. Politik kita kena baca dan kita kena sedar,” katanya.

Semalam, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat membuat ketetapan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam PN untuk menghadapi PRU-15.

Abdul Hadi berkata, keputusan untuk terus bersama PN adalah atas prinsip penyatuan ummah.

Malah katanya, parti itu turut mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti terbabit akan bergerak solo pada PRU-15 berikutan PAS masih tidak memiliki pendirian tetap dan gagal memenuhi tiga syarat ditetapkan.

Tiga syarat itu ialah PAS perlu keluar daripada PN, memutuskan hubungan politik dengan BERSATU dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufarakah’ (berpisah) 100 peratus daripada PN dan BERSATU.  - Getaran, 14 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja