web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembentukan Kerajaan Kukuh, Stabil Hadiah Amat Bermakna Sempena Deepavali - Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 7:59PM

UMNO menyifatkan perbuatan pembangkang menjadikan Deepavali sebagai bahan kempen politik sebagai amat tidak bertanggungjawab. - Gambar hiasan oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO menyifatkan perbuatan pembangkang menjadikan Deepavali sebagai bahan kempen politik sebagai amat tidak bertanggungjawab kerana perayaan itu seharusnya menyatukan rakyat, bukan memecahbelahkan semangat perpaduan dan persaudaraan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan pembangkang yang mendakwa kononnya PRU-15 tidak menghormati sentimen serta kepentingan masyarakat India.

“Perayaan Deepavali itu sendiri cahaya yang membawa maksud semangat kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman, keresahan mengatasi kebahagiaan dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Menurut beliau, sambutan Deepavali tahun ini akan menjadi perayaan sangat bererti kepada penganut agama Hindu di Malaysia apabila sebuah kerajaan dominan dapat dibentuk pada PRU-15.

“Pembentukan kerajaan yang kukuh dan stabil pasti akan menjadi hadiah yang amat bermakna sempena Deepavali selepas beberapa tahun negara berdepan ketidakstabilan politik serta ekonomi,” katanya.

Malah katanya lagi, pembentukan kerajaan yang kukuh dan stabil akan menjamin kecekapan, keberkesanan dan kemampuan pentadbiran negara dalam membantu segenap lapisan masyarakat termasuk kaum India.

“Ia sekaligus membawa Malaysia keluar daripada kekusutan politik yang tidak berkesudahan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berakhir pada 9 Mei 2018,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, pembubaran Parlimen pada Oktober bagi memberi laluan kepada PRU-15 merupakan satu tindakan yang tidak menghormati komuniti India yang meraikan sambutan Deepavali.

Katanya, pemilihan tarikh pilihan raya perlu ada sensitiviti terhadap setiap kaum yang menyambut perayaan.

“Macam di Sabah dan Sarawak, takkan hendak buat pilihan raya negeri semasa perayaan Gawai, ini tak pernah berlaku.

“Jadi kalau hendak bubar Parlimen pada bulan ini, perayaan Deepavali sudah hampir. Bulan Januari pula sambutan Tahun Baharu Cina, bulan April pula hari raya.

“Disember perayaan Krismas, tapi biasanya Disember tidaklah (diadakan PRU-15),” katanya. – Getaran, 14 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad