web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Peristiwa Disember 2018 Masih Diingati’, Zahid Sindir 10 Bekas MP UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 6:00PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyindir 10 mantan Ahli Parlimen UMNO sebelum ini yang memutuskan untuk keluar parti selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), empat tahun lalu.

Dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini, Ahmad Zahid mengingatkan kesemua pemimpin tersebut tentang alasan mereka bertindak demikian ketika itu yang kononnya UMNO tiada hala tuju.

“Kisah pada Disember 2018 ini antara peristiwa masih dingati semua. Beberapa pemimpin UMNO keluar parti atas sebab yang semua sedia maklum.

“Dalam masa sama mereka mengugut Presiden UMNO supaya meletak jawatan atau seramai 10 lagi pemimpin UMNO akan menyertai mereka keluar parti.

“Mereka ketika itu memberi alasan kononnya Presiden UMNO tiada hala tuju dalam membawa UMNO menghadapi PRU-15,” katanya.

Malah Ahmad Zahid berkata, ketika membuat desakan tersebut, kesemua pemimpin itu belum lagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), tetapi mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Selepas muslihat itu gagal, dua bulan kemudian baru mereka secara rasmi menyertai BERSATU dan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, ironinya beberapa tahun kemudian, mereka antara yang dilihat amat susah hati apabila UMNO meminta PRU-15 diadakan selepas proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos 2021.

“Sepatutnya mereka menyokong kerana UMNO telah pun membuktikan hala tujunya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Johor dan juga hala tuju yang jelas untuk PRU-15.

“Iaitu untuk kembali membentuk sebuah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dominan demi memastikan kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga penyandang Parlimen Bagan Datuk menyifatkan kisah itu sebagai fakta yang harus menjadi pengajaran mendewasakan selepas sejarah hitam 9 Mei 2018 di negara ini.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, beliau turut memuatnaik laporan Malaysiakini bertarikh 14 Disember 2018, memaparkan wajah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu artikel bertajuk ‘10 lagi MP akan keluar parti jika Zahid tak letak jawatan’.

Hamzah antara 10 Ahli Parlimen yang meninggalkan UMNO dan kemudian menyertai parti serpihannya, BERSATU.

Sembilan yang lain termasuk penyandang Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; penyandang Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; penyandang Parlimen, Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; penyandang Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan penyandang Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu, sekali gus membuka laluan kepada PRU-15 diadakan dalam tempoh 60 hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 20 Oktober depan untuk menentukan tarikh PRU-15. – Getaran, 14 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95