web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15 Musim Banjir ‘Strategi Berulang’ UMNO Mahu Peratusan Keluar Mengundi Rendah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 9:14AM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan UMNO mendesak supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim hujan dan banjir, bertujuan memastikan peratusan keluar mengundi rendah.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, strategi itu tidak ada bezanya dengan apa dilakukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika PRU-14 apabila hari pengundian diadakan pada Rabu.

“Malangnya strategi mereka (UMNO dan BN) itu gagal pada tahun 2018 apabila rakyat Malaysia bangkit bersama-sama dan memastikan peratusan pengundi yang keluar begitu tinggi.

“Ini memastikan pemerintahan kleptokrasi dijatuhkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, justeru tindakan parti terbabit mahu mengadakan PRU-15 ketika musim tengkujuh atau monsun, disifatkan sebagai ‘strategi berulang’ bagi mengharapkan peratusan keluar mengundi rendah.

Katanya, ia sekali gus diharap dapat memastikan kleptokrat kembali memerintah.

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, beliau yakin rakyat Malaysia tidak mahu kleptokrat menerajui negara semula.

“Rakyat akan dapat sekat kembalinya kleptokrat dengan keluar mengundi beramai-ramai,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, melaksanakan PRU-15 pada tahun ini menjadi hasrat dan suara kepimpinan parti terbabit serta UMNO di setiap negeri.

Menurutnya, hasrat dan suara itu juga diinginkan ahli akar umbi parti berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, jentera BN juga sudah bersiap siaga PRU-15 diadakan pada November ini, iaitu ketika negara menghadapi musim banjir.

“Kita tahu ada banjir, namun sanggup rendah banjir untuk berkempen. Masa banjir Pemuda, Wanita, Puteri turun lebih ramai dari parti lain...kita sanggup turun dan kempen masa banjir mahupun hujan lebat,” katanya.

Namun, kenyataan Ahmad Zahid itu menerima kecaman pelbagai pihak, terutama daripada blok pembangkang yang menyifatkan BN dan UMNO mementingkan diri, tanpa mengutamakan keselamatan serta kebajikan rakyat. - Getaran, 14 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran