web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: DAP Dijangka Letak Calon Di Parlimen Alor Gajah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 9:23AM

DAP dijangka meletakkan calon di Parlimen Alor Gajah pada PRU-15 ini dengan beberapa nama termasuk Muhamad Danish disebut-sebut bakal bertanding di kerusi berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP dijangka bertanding di Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Antara nama yang disebut-sebut sebagai calon di kerusi berkenaan ialah mantan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Harapan (PH) di Pengkalan Batu, Muhamad Danish Zainudin.

Sumber memberitahu, selain Danish, nama lain yang turut disebut-sebut untuk bertanding di kerusi itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Allex Seah Shoo Chin dan penyandang Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

"Keputusan siapa akan diletakkan di Parlimen Alor Gajah pada PRU-15 mungkin akan diketahui seawal 24 Oktober nanti. Pihak kepimpinan parti sedang mempertimbang senarai cadangan calon yang perlu dihantar sebelum 17 Oktober," katanya ketika dihubungi Getaran.

Pada PRU-14, kerusi Parlimen Alor Gajah dimenangi Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang seterusnya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan, sebelum beralih ke portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) selepas pertukaran kerajaan.

Muhamad Danish Zainudin - Gambar dari Instagram
Muhamad Danish Zainudin - Gambar dari Instagram

Muhamad Danish membuat penampilan sulung dalam politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila bertanding di DUN Pengkalan Batu namun tewas kepada calon BN, Datuk Kalsom Nordin dengan majoriti 131 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Pencalonan Muhamad Danish di DUN Pengkalan Batu sebelum ini dilihat sebagai langkah DAP untuk meneruskan momentum dalam meletakkan calon pelbagai kaum, termasuk Melayu pada pilihan raya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), DAP meletakkan empat calon Melayu di tiga kerusi Parlimen iaitu Zairil Khir Johari di Bukit Bendera (Pulau Pinang), Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz di Raub (Pahang), Mahdzir Ibrahim di Tanjung Piai (Johor) dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Selepas itu, DAP meletakkan pula Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon untuk pilihan raya kecil Teluk Intan pada 2014.

Bagi PRU-14, bilangan calon Melayu DAP untuk kerusi DUN ditambah menjadi sembilan iaitu Zairil Khir Johari (Tanjung Bungah), Syerleena Abdul Rashid (Seri Delima), Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama), Edry Faizal (Dusun Tua), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu), Sheikh Omar Ali (Paloh), Young Syefura Othman (Ketari) dan Abu Bakar Lebai Sudin (Pulau Manis).

Untuk Parlimen, Tengku Zulpuri bakal bertanding di Raub. - Getaran, 14 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad