web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Kedah, Terengganu Akur Pendirian Tidak Bubar DUN, Pulau Pinang Masih Menanti

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 7:26AM

PAS Kedah dan Terengganu tidak akan membubarkan DUN manakala Pulau Pinang masih berharap agar DUN dapat dibubarkan bagi menghadapi PRU-15 ini, sekali dengan peringkat Parlimen. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pimpinan PAS Kedah dan Terengganu akur dengan pendirian PAS Pusat untuk kekal tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala pimpinan DAP di Pulau Pinang masih berharap DUN dapat dibubarkan bersekali dengan peringkat Parlimen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

"Kita akur dengan PAS Pusat, bubar atau tidak (bubar) ia bergantung kepada PAS Pusat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) semalam.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam antara lain membuat keputusan mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga menerima sepenuhnya keputusan PAS Pusat tersebut.

"Kerajaan negeri Terengganu mendukung penuh keputusan PAS Pusat yang telah dikeluarkan hari ini," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kekal dengan pendirian untuk membubarkan DUN agar pilihan raya negeri berjalan serentak dengan PRU-15.

Beliau berkata DAP Pulau Pinang telah sedaya upaya mencuba untuk meyakinkan DAP pusat untuk membawa isu berkenaan kepada mesyuarat Majlis Presiden PH.

"DAP Pulau Pinang telah membawa hujah terbaik kepada DAP pusat untuk kaji semula keputusan mengadakan PRU serentak.

"Saya sendiri telah menghadiri mesyuarat PH pusat semalam dan telah dimaklumkan pertimbangan sedang dilakukan oleh PH pusat,” katanya.

Chow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata faktor yang membawa kepada cadangan pembubaran DUN itu adalah disebabkan oleh seruan rakyat negeri dan juga logistik yang lebih mudah sekiranya pilihan raya negeri dan Parlimen diadakan serentak.

Semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa keputusan untuk tidak membubarkan DUN yang ditadbir oleh PH iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang jika PRU-15 diadakan tahun ini masih terikat.

Majlis Presiden PH sebelum ini memutuskan bahawa ketiga-tiga negeri tidak akan membubarkan DUN jika PRU-15 diadakan tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa 10 Oktober untuk memberi laluan kepada PRU-15 selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Susulan pembubaran Parlimen ke-14, Perdana Menteri turut mengesyorkan ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor agar mendapatkan perkenan Sultan serta Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan pilihan raya negeri dan Parlimen diadakan serentak. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad