web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Pulau Pinang Diminta Timbang Semula Keputusan Enggan Bubar DUN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 1:09PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang membantah sekerasnya kemungkinan untuk kepimpinan gabungan itu menolak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), yang akan memisahkan pilihan raya negeri itu dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Difahamkan, beberapa ahli eksekutif negeri DAP itu telah menggesa Majlis Presiden PH untuk menimbangkan keputusan awal mereka yang enggan membubarkan DUN, serentak dengan pembubaran Parlimen Isnin lalu.

Sumber yang enggan dikenali memberitahu The Vibes, ‘orang dalam’ gabungan menegaskan bahawa sentimen akar umbi harus diberi perhatian sebelum keputusan seumpama itu dibuat.

“Rakyat (di Pulau Pinang) mahukan pilihan raya diadakan serentak. Ramai yang memberitahu tidak akan balik dua tiga kali untuk mengundi.

“Kita sepatutnya adakan pilihan raya serentak untuk tidak membebankan pengundi,” katanya.

Katanya, mengenepikan sentimen pengundi boleh menyebabkan PH sekali lagi berdepan kegagalan, seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor November tahun lalu dan Mac tahun ini.

“Ia seolah-olah kita tidak belajar dari kesilapan semasa PRN Melaka dan Johor. Kita lihat apa yang berlaku apabila pilihan raya diadakan berasingan, peratusan keluar mengundi amat rendah kerana orang tidak balik mengundi. Ini akan memberi kesan negatif kepada kita,” katanya.

Pada PRN Melaka, PH hanya memenangi lima daripada 28 kerusi manakala di Johor, PH hanya mampu menguasai 11 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Sumber memberitahu, memandangkan PRU-15 sudah ditetapkan, adalah wajar jika negeri turut mengikut jejak itu, walaupun ia mungkin menyebabkan PH dilihat sebagai bercanggah dalam membuat keputusan.

“Kerja-kerja logistik sudah bermula jadi lebih baik kita mengambil pendekatan serampang dua mata,” katanya.

“Berdasarkan situasi semasa dan maklum balas akar umbi, adalah wajar pendirian kami ini diambil kira dan mengambil tindakan tepat, iaitu mengadakan pilihan raya secara serentak.”

Sumber itu juga menyifatkan keengganan membubarkan kerajaan negeri sebagai manifestasi kepada kelemahan pemikiran strategik dan mendakwa, ia akan menonjolkan ketidakupayaan gabungan itu.

“Jika inilah pemikiran strategik yang mereka (pemimpin PH) miliki, tak hairanlah mengapa kita kehilangan kedudukan sebagai kerajaan Persekutuan.

“Dengan keputusan seperti ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa jika kita masih gagal menang kali ini,” katanya.

Beliau menambah, walaupun Majlis PH berkemungkinan besar akan mengelak daripada membuat keputusan berbeza iaitu membubarkan negeri di bawah pentadbiran mereka, situasi di Pulau Pinang berbeza dari Selangor dan Negeri Sembilan.

“Situasi di Selangor dan Negeri Sembilan berbeza. Kedua-dua negeri itu hanya memiliki sejumlah kecil pengundi luar negeri sedangkan ramai pengundi Pulau Pinang menetap di luar negeri ini,” katanya.

“Mereka (Majlis Presiden PH) patut melihat perbezaan ini (di Pulau Pinang) dan membenarkan DUN dibubarkan serentak dengan Parlimen,” katanya, dan mendakwa, menafikan ‘permintaan munasabah’ itu mencerminkan keputusan dangkal.

Kebimbangan sumber itu bagaimanapun mungkin tidak akan berakhir kerana Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke semalam mengesahkan bahawa sebarang resolusi dibuat PH berhubung pembubaran DUN terpakai untuk semua negeri di bawah gabungan itu.

“Itu adalah prinsip yang cuba kami capai,” katanya kepada pemberita ketika ditanya, apakah keputusan untuk Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. - The Vibes, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 2 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 4 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad