web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Status DUN Diketahui Selepas Belanjawan Pahang 2023 Diluluskan - MB

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 12:37PM

Wan Rosdy Wan Ismail - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata status Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan 'diketahui dalam masa terdekat' selepas Belanjawan Pahang 2023 diluluskan. 

Beliau berkata keutamaan buat masa ini adalah untuk meluluskan belanjawan yang dibentangkan pada Jumaat lepas, supaya perancangan kerajaan negeri untuk manfaaat rakyat menerusi belanjawan itu dapat dilaksanakan. 

Ditanya sama ada Belanjawan Pahang 2023 akan terpakai jika berlaku pilihan raya dalam masa terdekat, Wan Rosdy berkata: "Ya, terpakai... kita hendak meluluskan belanjawan (dahulu) kerana itu penting. Kalau tak (belanjawan) diluluskan, kena bentang semula”.

Wan Rosdy berkata demikian semasa ditanya mengenai status DUN Pahang pada Majlis Penyerahan Sumbangan Persiapan Banjir oleh Petronas kepada kerajaan negeri di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. 

Belanjawan itu mula dibahaskan sejak Selasa, dengan Wan Rosdy dijangka menggulung perbahasan tersebut hari ini, sebelum diluluskan.

Pada Selasa, Wan Rosdy memaklumkan media bahawa beliau masih menanti tarikh untuk menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapat perkenan baginda membubarkan DUN Pahang.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata DUN di bawah pentadbiran BN kecuali Melaka, Johor dan Sabah akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada PRU14, BN menang 25 daripada 42 DUN, manakala Pakatan Harapan (sembilan) dan PAS (lapan). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Politik 2 tahun yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 5 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad