web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN P.Pinang Sudah Serah Senarai Calon Parlimen, DUN Kepada Pimpinan Pusat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 7:00AM

Musa Sheikh Fadzir - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang sudah menyerahkan senarai nama calon kepada pucuk pimpinan pusat bagi 13 kerusi Parlimen di negeri itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi BN negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Beliau berkata BN negeri turut menghantar  senarai calon bagi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada pimpinan pusat berikutan cadangan DAP Pulau Pinang supaya DUN Pulau Pinang dibubarkan serentak dengan parlimen untuk PRU15.

"Kami juga menunggu keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang sama ada mahu membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya serentak dengan Parlimen atau sebaliknya, kalau tidak bubar (DUN) fokus jentera kepada Parlimen sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata DAP Pulau Pinang telah mencadangkan supaya DUN Pulau Pinang dibubarkan dan perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Selain itu, Musa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, berkata 60 peratus nama calon UMNO yang diserahkan kepada pucuk pimpinan itu merupakan muka baharu.

Pada PRU14, BN Pulau Pinang bertanding di 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen dengan Gerakan di 13 DUN dan empat Parlimen, UMNO (15 DUN, lima Parlimen), MCA (10 DUN, empat Parlimen) manakala MIC di dua DUN.

Pada 23 Jun 2018, Gerakan secara rasmi keluar daripada BN susulan kekalahan gabungan itu dalam PRU14 dan menyertai PN pada Februari tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 2 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran