web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Deepavali Tidak Akan Terganggu, Hanya Sandiwara Politik

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 8:56PM

M.Saravanan berkata terdapat masa yang mencukupi untuk menyambut Deepavali memandangkan mesyuarat SPR bagi pengurusan pilihan raya hanya akan diadakan pada 20 Oktober ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M.Saravanan menyifatkan dakwaan sesetengah pihak kononnya sambutan perayaan Deepavali pada 24 Oktober ini, akan terganggu kerana ia disambut menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai ‘sandiwara politik’ pembangkang.

Katanya dakwaan cuma berniat memainkan sentimen masyarakat India, kerana terdapat masa yang mencukupi untuk menyambut perayaan itu memandangkan mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pengurusan pilihan raya, cuma akan diadakan pada 20 Oktober ini.

 M.Saravanan
M.Saravanan

“Kalau 20 Oktober ini baru SPR bermesyuarat, kita boleh bayangkan, kemungkinan besar kita ada dua minggu atau seminggu lebih untuk pencalonan. Lepas itu, ada lagi dua minggu untuk pilihan raya. Jadi tidak ada dalam musim Deepavali. 

“Mungkin (PRU15 diadakan) seminggu ke tiga minggu selepas Deepavali, jadi tidak perlu ungkitkan isu ini. Sekurang-kurangnya kita ada dua ke tiga minggu 'buffer'”, katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Program Penyelia Penginapan dan Kemudahan Pekerja (PPKP) di sini, hari ini.

Terdahulu, pada minggu lepas media tempatan melaporkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata pembubaran Parlimen pada Oktober bagi memberi laluan kepada PRU15, merupakan satu tindakan yang tidak menghormati komuniti India yang meraikan sambutan perayaan Deepavali.

Dalam pada itu, Saravanan berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk mempertimbangkan pemberian cuti ganti kepada guru masyarakat India di sekolah-sekolah Tamil pada musim Deepavali. 

“Saya telah meminta dan merayu kepada Perdana Menteri supaya mengambil kira rayuan daripada guru-guru masyarakat India, yang memohon supaya diberi sama ada cuti peristiwa ataupun cuti gantian satu hari tambahan,” katanya.

Mengenai isu pekerja asing yang dibangkitkan pihak pembangkang, Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia berkata isu berkenaan telah selesai dan tidak perlu dijadikan modal politik.

“Pekerja asing yang ada dalam negara kita sehingga hari ini melalui pelbagai program adalah lebih kurang 1.1 juta. Dalam masa tiga bulan sejak kita meteraikan perjanjian dengan Bangladesh dan Indonesia, pada Julai, Ogos dan September kita ada 159,000 yang telah masuk dalam negara,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 5 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik