web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS-BERSATU Dijangka Lakukan Pertukaran Kerusi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 4:38PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti komponen Perikatan Nasional (PN) terutamanya BERSATU dan PAS yang dijangka mengadakan pertukaran kerusi disandang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pertukaran kerusi berkenaan adalah strategi gabungan itu untuk memenangi PRU-15.

“Selama kami berbincang dengan parti komponen dalam menghadapi PRU-15 ini, perkara penting adalah untuk memastikan pemimpin semua komponen boleh menang di kawasan yang akan kita calonkan.

“Pertukaran kerusi dahulunya mungkin dimenangi oleh BERSATU, kini mungkin PAS perlukannya. Ia menentukan pemimpin berkenaan boleh menang di semua kawasan itu,” katanya dalam sidang media Taklimat Op Banjir, di Bukit Aman, hari ini.

Ditanya sama ada PAS memberi komitmen dengan PN, Hamzah berkata parti tersebut masih lagi bersama PN dan rundingannya dengan Barisan Nasional (BN) adalah sesuatu yang berbeza.

“Rundingan tersebut berbeza dengan sama ada mereka dalam PN, mereka bersama kami.

“Rundingan adalah sesuatu strategi yang diperlukan dalam pilihan raya. Ia adalah isu yang berbeza,” katanya.

Pengagihan kerusi membabitkan parti komponen dalam PN bagi menghadapi PRU- 15 hampir selesai pada 23 September dan akan dimuktamadkan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan telah dilakukan sebelum ini namun masih tiada keputusan mengenainya. - Getaran, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

4

Politik 3 bulan yang lalu

Krisis BERSATU: Hamzah Zainudin Dipecat, Boleh Merayu Dalam Tempoh 14 Hari

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran