web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: BN Melaka Antara Negeri Yang Terawal Serah Nama Calon

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 12:40PM

BN Melaka telah menyerahkan senarai nama calon-calon kepada pimpinan pusat untuk dibuat saringan dan penilaian. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Barisan Nasional (BN) Melaka menjadi antara negeri terawal menyerahkan nama calon kepada pucuk pimpinan parti itu untuk bertanding bagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata setiap bahagian mencadangkan lima nama untuk dinilai oleh pucuk pimpinan dan pihaknya kini hanya menunggu keputusan individu mana layak untuk bertanding kali ini.

"Semua senarai nama-nama calon yang diajukan telah diserahkan secara total kepada pimpinan pusat untuk dibuat saringan dan juga penilaian.

"Hasil daripada saringan dan penilaian ini akan dipilih satu yang terbaik (untuk bertanding di Parlimen) daripada lima nama yang telah dicadangkan oleh pihak bahagian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Barisan Nasional (BN) Melaka di sini malam tadi.

Ab Rauf Yusoh
Ab Rauf Yusoh

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata pihaknya menyasarkan untuk menang empat kerusi Parlimen di negeri itu, membabitkan Masjid Tanah, Jasin, Tangga Batu dan Alor Gajah, dan turut mengintai peluang di Parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU15 kali ini.

Ab Rauf berkata UMNO akan bertanding di empat kerusi Parlimen iaitu Masjid Tanah, Jasin, Tangga Batu dan Hang Tuah Jaya manakala MCA di Alor Gajah dan Kota Melaka.

Beliau berkata BN Melaka mempertaruhkan calon muka baharu bagi pilihan raya kali ini dan penyandang kerusi Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah tidak bertanding dan sedia memberi laluan kepada calon muda.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan berkata Pengerusi UMNO setiap negeri akan mula mengemukakan nama calon untuk bertanding pada PRU15 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen masing-masing bermula Isnin (10 Oktober) lepas.

Melaka tidak membubarkan DUN pada PRU-15 kerana baharu selesai melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) November tahun lepas. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 13 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik