web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Calon BERSATU Sabah Guna Logo GRS - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 7:00AM

Calon BERSATU di Sabah akan menggunakan simbol GRS pada PRU-15. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan menggunakan simbol Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, walaupun menggunakan logo GRS, kemenangan calon itu akan dikira sebagai kemenangan BERSATU kerana ia adalah sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN).

“Itu persefahaman yang telah dicapai, tiada isu atau masalah dalam soal itu...situasi agak luar biasa sedikit di Sabah yang terbentuk kerajaan negeri hasil persefahaman parti-parti walaupun peringkat Persekutuan tidak sehaluan, di sini keadaan istimewa, kami menerima perbezaan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada kebijaksanaan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah; badan kepimpinan BERSATU negeri dan GRS bagi mencapai kata sepakat yang memberi keuntungan serta faedah kepada rakyat dan parti.

Ditanya mengenai hubungan ‘dingin’ antara PAS dan UMNO, Muhyiddin berkata, PAS adalah parti pengasas PN dan kekal sebagai rakan kongsi penting, terutama ketika menghadapi PRU-15.

“PAS berkali-kali menyatakan mereka akan kekal sebagai rakan kongsi penting PN, itu sudah jelas sekarang dan tiada lagi ketidakpastian...ini akan membuka jalan untuk PN menjadi lebih kuat dan bekerja lebih efektif dalam PRU kali ini,” katanya selepas menghadiri mesyuarat dengan Badan Pimpinan BERSATU Sabah di Pejabat BERSATU Sabah di Alamesra di sini.

Turut hadir, Hajiji dan Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. – Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 12 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran