web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saifuddin Nasution Beri Gambaran Akan Bertanding PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 8:55PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi bayangan akan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penyandang Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu turut mengharapkan pilihan raya umum akan datang menjanjikan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH).

"Menghadapi PRU-15 kali ini pun saya ikut serta dengan tenang. Saya gembira bekerja secara berpasukan.

"Kelebihan jika ada kita manfaatkan. Kekurangan pula, kita saling membantu. Itulah indahnya sebuah perjuangan," tulisnya di Facebook.

Mengimbau penglibatannya dalam politik, mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tersebut memberitahu, beliau mula terlibat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Padang Terap pada 1985.

Beliau menambah, ketika itu, Allahyarham Tun Syed Ahmad Al Haj Syed Mahmud Shahabudin dilantik menjadi Yang Dipertua Melaka.

"Ustaz Halim Arshat (PAS) lawan Baharom Bakar (UMNO-Barisan Nasional).

"Tugas saya susun ceramah kelompok, edar risalah, kempen rumah ke rumah dan jaga bilik gerakan. Saya membantu calon Ustaz Halim Arshat. Saya bergerak di bawah Suhaimi Said (almarhum). Lokasi daerah mengundi (adalah) Felda Lubuk Merbau.

"Bermula dari situ, tidak terhitung lagi penglibatan dalam pilihan raya. Pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Sebagai jentera, pengarah dan calon semua saya dah lalui. Pengalaman yang tak dapat di dewan kuliah," katanya lagi. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran