web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: DAP Dijangka Tambah Calon Melayu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 12:45PM

engku Zulpuri Shah Raja Puji - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP dijangka mempertingkat penyertaan orang Melayu sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Keyakinan itu adalah susulan komitmen DAP dalam membuktikan parti tersebut adalah untuk semua, termasuk kaum Melayu, kata Timbalan Setiausaha Agungnya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Ditanya berhubung jumlah peratusan peningkatan calon Melayu, Ahli Parlimen Raub tersebut berkata, pengumuman akan dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook kelak.

“UMNO dan sekutunya sentiasa memainkan sentimen bangsa dan agama, (seperti) semua salah DAP serta dakwaan DAP yang memerintah, Cina memerintah.

“(Langkah pertambahan calon Melayu) Untuk membuktikan bahawa DAP tidak dikuasai hanya satu kaum tertentu dan orang Melayu tidak perlu takut dengan DAP seperti mana dimomokkan (oleh pihak tertentu),” katanya kepada Getaran.

Tengku Zulpuri menambah, UMNO dan sekutu mengetahui bahawa DAP adalah satu-satunya parti yang berdaya saing, kuat dan tiada perbuatan melompat parti dalam kalangan ahli Parlimennya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), DAP meletakkan empat calon Melayu di tiga kerusi Parlimen iaitu Zairil Khir Johari di Bukit Bendera (Pulau Pinang), Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz di Raub (Pahang), Mahdzir Ibrahim di Tanjung Piai (Johor) dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang iaitu Tengku Zulpuri Shah sendiri.

Selepas itu, DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon untuk pilihan raya kecil Teluk Intan pada 2014.

Bagi PRU-14, bilangan calon Melayu DAP untuk kerusi DUN ditambah menjadi sembilan iaitu Zairil Khir Johari (Tanjung Bungah), Syerleena Abdul Rashid (Seri Delima), Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama), Edry Faizal (Dusun Tua), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu), Sheikh Omar Ali (Paloh), Young Syefura Othman (Ketari) dan Abu Bakar Lebai Sudin (Pulau Manis).

Untuk Parlimen, Tengku Zulpuri bakal bertanding di Raub. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 4 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad