web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU15: Rundingan PH-MUDA Ada Kemajuan - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih berlangsung dan ada kemajuan, kata Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, laporan media yang tular semalam mendakwa PH menolak MUDA adalah tidak benar.

“Tak betul ... (tolak MUDA), kita masih berunding dan ada kemajuan,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Ibu Pejabat PKR di sini, malam tadi.

Terdahulu Anwar mempengerusikan mesyuarat itu yang bermula pada 9.40 malam dan turut dihadiri Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli; Naib Presiden, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan; Ketua Wanita, Fadhlina Sidek; Ketua Angkatan Muda, Adam Adli serta ahli MPP.

Sementara itu Ketua Penerangan PKR, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, keputusan muktamad mengenai kerjasama PH dan MUDA dijangka diperoleh seawal Rabu ini.

Menurutnya, mesyuarat itu dibuat susulan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini yang antaranya, membincangkan persiapan jentera pilihan raya PKR serta hasrat parti berkenaan untuk bertanding di lebih banyak kerusi Parlimen pada PRU15.

Katanya, susulan pembubaran Parlimen serta PRU15 yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, beberapa agenda PH, termasuk Konvensyen PH yang dijadual berlangsung hujung Oktober ini mungkin diawalkan atau ditangguhkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran