web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rakyat Jangan Terpedaya Kononnya PRU-15 Untuk Pulangkan Mandat Mereka - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 10:29PM

Anwar Ibrahim - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kerajaan yang hanya mengutamakan kepentingan sendiri, namun mendakwa kononnya pembubaran Parlimen adalah untuk memulangkan mandat kepada mereka.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun sememangnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan, ia seolah-olah menipu dan cuba menghalang pengundi dari melaksanakan tanggungjawab mereka sekiranya diadakan dalam keadaan berisiko dan berdepan cabaran.

“Manusia, parti politik dan kerajaan jenis apakah yang berani dan sanggup mempertaruhkan nyawa dan nasib rakyat dengan mengadakan pilihan raya pada saat ini?

“Tindakan ini dilihat bertentangan dengan kebijaksanaan ditonjolkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menasihat, unjuran dibuat peramal kaji cuaca serta keluhan disuarakan ribuan rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Anwar berkata, beliau menerima sepenuhnya keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam memperkenan Parlimen dibubarkan kerana baginda bertindak berdasarkan peruntukan kuasa yang ada, seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Namun, apa dipersoalkan adalah niat pihak berkepentingan yang begitu gelojoh mahupun pilihan raya diadakan pada saat sekarang,” tegasnya.

Beliau berkata, keputusan itu seperti menunjukkan Kabinet paling besar dalam sejarah negara ini tewas, selain tunduk kepada tekanan dan kedurjanaan politik berkiblatkan kuasa serta wang ringgit.

Jelasnya, langkah itu ternyata penghinaan kepada rakyat bawahan yang kini terbeban dengan kenaikan harga barang tinggi, gaji rendah dan peluang pekerjaan tidak mencukupi untuk graduan.

Mereka juga, katanya, terbeban dengan kualiti pendidikan, akses sangat rendah kepada kesihatan, simpanan tidak munasabah untuk usia persaraan dan paling utama, ancaman musibah banjir serta dampak buruk dari kemelut alam dan iklim.

“Musim banjir sudah bermula tatkala sebahagian kawasan di Sabah di bandar seperti Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang ditenggelami air.

“Sebahagian kawasan sungai Muar berdekatan Kuala Pilah melimpah dan menjejaskan dua kampung dan kawasan sekitar. Di Baling lapan sungai melepasi paras bahaya. Pakar cuaca juga menjangkakan hujan lebat berterusan,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, hakikatnya apa harus disedari adalah kerajaan ketika ini juga gagal dalam mengemudi negara saat serangan COVID-19 dan mengelak daripada menjalankan tanggungjawabnya di Parlimen.

Kerajaan, katanya, menyebabkan pilihan raya berlaku di Sabah sehingga mengakibatkan pandemik itu terus mengganas di seluruh Malaysia dan 35,000 rakyat terkorban.

Tegasnya, kerajaan mengumumkan darurat bagi menggantung fungsi dan peranan Parlimen daripada berdepan di Parlimen.

“Kerajaan sama juga bohong kepada rakyat dan negara terkait aplikasi MySejahtera dan skandal Digital Nasional Berhad (DNB).

“Kerajaan ini juga berdusta berkenaan 1MDB. Ternyata kerajaan yang sama juga menipu mengenai pemerolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan berhubung membendung kemiskinan serta akses kepada pendidikan dan kesihatan,” katanya.

Justeru, Anwar berkata, masanya sudah tiba untuk membetulkan kecurangan dan kebejatan ini, selain merampas semula negara dari kerakusan perompak serta penindas, malah gerombolan yang sibuk memperkayakan keluarga dan kroni mereka, manakala rakyat bawahan terus menderita menanggung kos sara hidup terus ‘membengkak’.

Ujarnya, sudah tentu elit politik tidak memahami kesulitan dihadapi rakyat saat ini untuk mendukung keluarga mereka.

Menurut penyandang Ahli Parlimen Port Dickson itu, pengundi muda diingatkan bijak membuat pilihan pada PRU15 kerana ia akan memberi kesan besar kepada masa depan rakyat dan negara.

“Kita perlu buat sehabis baik dalam memastikan negara ini mendepani permasalahan mendesak saat ini, yakni kos sara hidup tinggi, akses kepada pendidikan berkualiti, mengembalikan keyakinan kepada ekonomi kita serta memastikan pelaburan setara buat Malaysia.

“Kita pastinya akan buat yang terbaik dalam melindungi alam sekitar dan mempersiap negara dalam memampan dampak kemelut iklim serta alam sekitar,” katanya.

Malah menurut Anwar, jelajah dilancarkan beliau ke seluruh negara dalam beberapa minggu lalu, menyaksikan orang ramai yang ditemui menyuarakan kesungguhan mereka bagi menghukum konspirator dan dalang Langkah Sheraton, sehingga membuatkannya terharu serta teruja.

Pada masa sama, Anwar berkata, beliau mengakui terdapat sebahagian pihak kecewa dengan sistem politik.

Akuinya, kekecewaan itu juga disebabkan sikap angkuh watak terbabit menyumbang kepada gejala berkenaan, terutama mereka yang merencana dan melakukan pengkhianatan.

“Apakah kalian bimbang melibatkan harga barang? Soal pekerjaan? Musim tengkujuh dan banjir? Apakah kalian mahu pendidikan berkualiti? Kalian mahu sistem dan akses munasabah kepada kesihatan? Justeru itu kita mesti turun mengundi!

“Dalam minggu mendatang, mari bersama kita membangkitkan semula semangat untuk menggapai sebuah Malaysia lebih baik dan merangkul segala kekuatan yang ada, tidak kira saat kita mahu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, penubuhan Malaysia 1963 atau peristiwa Reformasi 1998, selain kemenangan rakyat pada tahun 2018.

“Kita tidak ada pilihan tetapi mesti terus konsisten dengan semangat jelas, keberanian serta komitmen dalam mempaculkan sebuah Malaysia berketerampilan dan kuat,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, PH bersedia untuk menghadapi PRU-15 dan berhadapan dengan gerombolan mencurangi mandat pilihan raya umum yang lalu.

“Kami juga bersedia memungkinkan sebuah masa depan mampan, makmur serta sebuah pemerintah benar-benar prihatin dan punyai sikap belas kepada nasib serta kebajikan rakyat.

“Malaysia yang baru di bawah PH pastinya akan memberi lebih penekanan mendalam kepada aspek ini dan berusaha sebaik mungkin bagi mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya. – Getaran, 10 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 4 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik