web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bubar Parlimen: Parti Pembangkang Bersedia Hadapi PRU-15 Walaupun Khuatir Tentang Banjir

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 9:17PM

Parti-parti pembangkang menyatakan kesediaan menghadapi PRU-15 dan akan menggerakkan jentera parti serta merta - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti-parti pembangkang menyatakan kesediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan akan menggerakkan jentera parti serta merta, namun pada masa sama melahirkan rasa bimbang tentang risiko bencana banjir yang dijangka berlaku. 

Bagi Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook pula, DAP menghormati keputusan yang telah dibuat mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan, meski pun telah menyatakan pendirian bahawa pilihan raya umum tidak sesuai diadakan berikutan risiko banjir.

Katanya Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam esok (Selasa), untuk membincangkan persiapan parti menghadapi PRU15 dan seluruh jentera pilihan raya DAP akan diaktifkan serta merta.

“DAP juga akan terus mendukung keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Ini supaya kerajaan negeri masing-masing boleh fokus untuk siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perutusan khas yang disiarkan menerusi siaran langsung stesen televisyen tempatan, mengumumkan pembubaran Parlimen dan menyatakan bahawa ia dilaksanakan bagi menoktahkan suara-suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, kerajaan pintu belakang dan kerajaan tebuk atap.

Perdana Menteri berkata dengan pembubaran itu, mandat akan dipulangkan kepada rakyat bagi negara menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan kerajaan teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15.

Perdana Menteri turut menasihati semua ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor, untuk mendapatkan perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri bagi membubarkan DUN masing-masing, bagi membolehkan pilihan raya diadakan serentak.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dalam perkongsian di Twitter pula berkata parti itu akan melakukan yang terbaik dan kini tiba masanya untuk ‘memecut’, setelah beberapa bulan ‘berlari-lari anak’ (berkempen).

“Seperti saya selalu ulang, menang kalah Allah telah tetapkan. Yang penting, kita berusaha terbaik untuk terus bawa Malaysia ke landasan lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa mengenai pembubaran itu, sekali gus mempersoalkan perlu berkempen ketika musim banjir.

”Beribu-ribu rakyat Malaysia teruk terjejas akibat banjir yang tidak henti-henti ini. Dalam tempoh 10 hari lepas sahaja, sudah banyak kawasan yang dilanda bencana banjir,” katanya menerusi Facebook beliau.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Marzuki Yahya berkata Pejuang berhasrat meletakkan calon parti itu bertanding atas nama Gerakan Tanah Air (GTA), namun terpaksa tampil dengan perancangan lain memandangkan GTA ketika ini belum mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Kami (Pejuang) semua di bawah GTA, calon kami adalah calon GTA. Kini saya rasa mungkin satu dua hari ini, kita mahu buat keputusan kerana GTA masih belum diluluskan lagi, jadi kami perlu gunakan pilihan kedua,” katanya yang juga Ketua Setiausaha GTA ketika dihubungi.

Biarpun tidak menyangka keputusan kerajaan berkenaan pembubaran Parlimen, Marzuki bagaimanapun berkata Pejuang dan GTA bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU15.

GTA merupakan gabungan yang ditubuhkan pada 4 Ogos lepas, dengan keanggotaan parti Pejuang, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) serta terbaharu hari ini, Gagasan Bangsa Malaysia turut mengumumkan kerjasama dengan GTA. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

4

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja