web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Parlimen Dibubar: DAP Adakan Mesyuarat Tergempar Esok

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 7:52PM

Anthony Loke - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Susulan kerajaan mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar malam esok untuk membincangkan persiapan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, seluruh jentera pilihan raya parti itu juga akan diaktifkan serta-merta untuk menghadapi kempen PRU-15 yang tarikhnya bakal ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Seperti diumumkan Perdana Menteri sebentar tadi, beliau mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen pada hari ini dan memberi laluan kepada PRU-15 diadakan dalam tempoh masa 60 hari.

“Kita berulang kali menyatakan pendirian bahawa pilihan raya umum tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat memandangkan terdapat risiko banjir melanda negara, namun DAP menghormati keputusan dibuat mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Loke berkata, DAP juga akan terus mendukung keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan supaya kerajaan negeri masing-masing boleh terus fokus untuk bersiapsiaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana berlaku.

“Seluruh pimpinan dan anggota parti akan dikerah berkempen demi memenangi mandat rakyat untuk PH membentuk kerajaan Persekutuan selepas PRU-15,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubar berkuatkuasa hari ini, selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas secara langsung bermula jam 3 petang tadi.

Beliau berkata, penetapan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian serta urusan lain yang berkaitan adalah tertakluk kepada keputusan SPR.

Menurut Perdana Menteri, pembubaran berkenaan dilaksanakan bagi menoktahkan suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, termasuk menggelarnya sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘kerajaan tebuk atap’. – Getaran, 10 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad