web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Kecewa, Anggap Keputusan Bubar Parlimen Tindakan Tergesa-Gesa

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 7:47PM

Abdul Hadi Awang - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – PAS melahirkan kekecewaan dengan pengumuman pembubaran Parlimen dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, dengan menyifatkan ia dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu juga kecewa dengan situasi politik yang tercetus kini, sehingga Penggal Parlimen Ke-14 terpaksa dibubarkan lebih awal, iaitu tidak sampai empat tahun setengah.

“PAS melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga Parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan agak tergesa-gesa, hanya dalam tempoh empat tahun lima bulan sahaja dalam Penggal Parlimen Ke-14,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, PAS tetap optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan negara.

“Sehubungan itu, PAS mengajak seluruh rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang sangat penting ini,” katanya.

Perdana Menteri mengumumkan Parlimen dibubar berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas secara langsung petang tadi.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari semalam dan menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

Beliau berkata, penetapan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian serta urusan lain yang berkaitan adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Perdana Menteri, pembubaran berkenaan dilaksanakan bagi menoktahkan suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, termasuk menggelarnya sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘kerajaan tebuk atap’.

Terdahulu, Ismail Sabri dilapor sudah mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, ia menimbulkan spekulasi hangat bahawa Parlimen akan dibubarkan dalam tempoh paling terdekat bagi memberi laluan PRU-15) diadakan.

Malah, kehadiran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun di lapangan terbang Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi bagi menghantar Yang di-Pertuan Agong ke London malam tadi, mungkin petunjuk paling jelas bahawa pengumuman pembubaran Parlimen bakal dibuat seawal hari ini.

Tengah hari semalam, Al Sultan Abdullah dilaporkan menerima menghadap Perdana Menteri yang menurut sumber, adalah permintaan Ismail Sabri sendiri untuk memohon perkenan bagi membubarkan Parlimen.

Di sebalik desas-desus itu, pelbagai pihak, termasuk pemimpin parti politik dan rakyat menyifatkan tindakan mengadakan PRU-15 pada musim tengkujuh bukan tindakan tepat kerana ia memberi risiko terhadap keselamatan.

Namun, barisan pemimpin UMNO seolah-olah ‘berkeras’ mahu ia dilaksanakan, malah seperti mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen secepat mungkin. – Getaran, 10 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 3 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran