web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laungan ‘Bubar’ Gegarkan Perhimpunan Agung MIC

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 6:03PM

Ahli MIC bersorak selepas PM mengumumkan pembubaran parlimen petang tadi. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Malaysia International Trade and Exhibition Center (MITEC) yang dihadiri kira-kira 1,000 ahli MIC bergema dengan laungan ‘bubar’ susulan pengumuman pembubaran Parlimen dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

MIC yang mengadakan Perhimpunan Agungnya yang Ke-76 hari ini, sepatutnya dihadiri Ismail Sabri, namun diteruskan tanpa kehadirannya susulan beliau mengadakan pengumuman khas berhubung pembubaran Parlimen di Putrajaya pada jam 3 petang ini.

Walaupun tidak dihadiri oleh Perdana Menteri, MIC menayangkan pengumuman Ismail Sabri di layar putih atas pentas utamanya.

Sebaik pengumuman pembubaran dibuat Perdana Menteri, ia disambut dengan laungan ‘bubar, bubar, bubar’ dalam kalangan ahli MIC yang diketuai Presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran sambil mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) di pentas utama.

M Devindran - Gambar Azim Abd Rahman
M Devindran - Gambar Azim Abd Rahman

Seorang ahli MIC, M Devindran berkata, negara memerlukan kerajaan stabil untuk menangani pelbagai masalah dihadapi sejak kebelakangan ini, terutama berkaitan ekonomi yang membebankan rakyat.

Menurutnya, perubahan segera perlu dibuat dengan menubuhkan satu kerajaan kukuh bagi mentadbir negara.

“Saya bukan nak kata sokong atau tidak, tapi pembubaran ini perlu dilakukan bagi membawa perubahan dalam menangani masalah ekonomi negara yang agak membebankan.

“Kita perlu ada satu kerajaan lebih stabil supaya pelabur yakin dengan dasar dan polisi negara bagi membolehkan kita meningkatkan hasil pendapatan, sekali gus membantu menyelesaikan masalah masyarakat,” katanya ketika ditemui.

Devindran berkata, beliau amat berharap kerajaan yang ditubuhkan kelak dapat menyelesaikan segera masalah rakyat, seperti pengangguran, peningkatan harga barang dan sebagainya.

Murugesh Krishnan - Gambar Azim Abd Rahman
Murugesh Krishnan - Gambar Azim Abd Rahman

Seorang lagi ahli MIC, Murugesh Krishnan berkata, beliau sememangnya sudah pun menunggu pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri untuk memberi laluan kepada PRU15.

Menurutnya, pilihan raya itu dapat memulihkan kestabilan politik bagi meneruskan agenda meningkatkan ekonomi rakyat dan negara.

“Kita perlu ada kestabilan politik dan Perdana Menteri diberi kepercayaan sepenuhnya mentadbir negara, bukan seperti yang berlaku sebelum ini.

“Bagaimana pelabur hendak melabur jika dalam masa empat tahun, tiga Perdana Menteri bertukar, ia menggoyahkan keyakinan mereka.

“Hanya dengan kestabilan politik, pelabur yakin untuk melabur di negara ini, sekali gus meningkatkan pendapatan kerajaan dan ia boleh digunakan bagi membantu rakyat,” katanya.

Ismail Sabri mengumumkan Parlimen dibubar berkuatkuasa hari ini, selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Beliau berkata, penetapan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian serta urusan lain yang berkaitan adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya SPR (SPR). - Getaran, 10 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

3

Politik 2 tahun yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 3 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 11 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran