web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Puad Beri Bayangan Parlimen Bubar, 'Raya Atau Pilihan Raya'?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 7:16AM

Spekulasi mengenai pembubaran Parlimen semakin bertiup kencang dengan beberapa pihak sudah mula memberikan bayaran mengenai pembubarannya dalam masa terdekat ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Adakah Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat? Persoalan itu terus menjadi tanda tanya ramai kerana Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih mengunci mulut mengenainya.

Pembubaran Parlimen kembali menjadi topik hangat diperkatakan sejak malam tadi selepas Perdana Menteri dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petang semalam.

Menurut laporan akhbar New Straits Times, Ismail Sabri hadir ke Istana Negara untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen sekali gus memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Dr Mohd Puad Zarkashi
Dr Mohd Puad Zarkashi

Malah dakwaan itu dikuatkan lagi dengan hantaran ringkas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Facebook miliknya yang memberi bayangan Parlimen akan dibubarkan hari ini.

"Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. 'Raya' atau 'Pilihan raya'," tulisnya malam tadi.

Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit bagaimanapun tidak mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara itu di Facebook beliau.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian netizen yang turut berseloroh mengenai perkara itu.

“Patutlah teropong tadi anak bulan kelihatan,” kata Zulkifli Sagap.

“Anak bulan sakit tok, tak jadi Raya,” kata Pappa Azzam.

“Esok puasa sunat tok, tak payah tengok anak bulan,” kata Abe Yusmey.

“Paling awal esok. Paling lewat 14 Oktober. Confirm!” kata Mohd Kamarul.

Pada Khamis lalu, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong tetapi Istana Negara menafikan laporan yang mendakwa beliau mengadakan pertemuan itu bagi memohon pembubaran Parlimen.

Istana Negara dalam satu hantaran ringkas di Facebook memaklumkan kedua-duanya bertemu untuk membincangkan mesyuarat Pra-Kabinet.

“Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini (Khamis).

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu berkaitan kerajaan,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke United Kingdom, malam tadi. - Gambar Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke United Kingdom, malam tadi. - Gambar Bernama

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke London malam tadi bagi mengadakan lawatan khas ke United Kingdom (UK) bermula esok hingga 16 Oktober ini.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang pada 9.30 malam. 

Dalam rangka lawatan khas itu, Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Raja Britain Raja Charles III di Istana Buckingham pada 12 Oktober.

Sekiranya pengumuman pembubaran Parlimen dibuat sama ada hari ini atau lusa, senario ini lebih kurang sama dengan situasi pada 1999.

Pada waktu itu, Parlimen dibubarkan selepas pembentangan bajet yang mana ia berlaku ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 1999.

Mantan Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu mengumumkan pembubaran Parlimen sekitar 10 November 1999, selepas bajet dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober tahun sama. – Getaran, 10 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM