web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Kami Tak Mengemis, Tapi Kerjasama PBS-WARISAN Senario Terbaik Hadapi PRU-15’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 6:07PM

Mohd Shafie Apdal - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Parti WARISAN tidak mengemis untuk bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS), tetapi ia akan menjadi senario terbaik untuk kedua-dua parti itu bersama menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau mengalu-alukan pandangan Naib Ketua Pemuda PBS, Shahrun Nidzam Sharoom berhubung kemungkinan PBS bekerjasama dengan WARISAN pada pilihan raya umum akan datang.

Malah kata, kemungkinan kerjasama dengan PBS itulah yang sentiasa diinginkan WARISAN.

“Kami mengalu-alukan jika PBS dan WARISAN bekerjasama, tetapi saya tidak boleh bersuara (mengenai) terlalu banyak kali, seolah-olah saya melutut (mengemis).

“Kami melihat PBS dan WARISAN sebagai parti tempatan Sabah… selebihnya, kami serahkan kepada pemimpin PBS untuk membuat keputusan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat WARISAN di Kolombong dekat sini, hari ini.

Jumaat lalu, Shahrun dalam satu kenyataan mendakwa PBS berasa kurang senang selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang, apabila perkara itu masih belum dimuktamadkan.

Shahrun berkata, WARISAN sebaliknya, telah menunjukkan rasa hormat kepada PBS dengan Mohd Shafie telah mengumumkan secara terbuka bahawa beliau akan bersikap terbuka untuk PBS mempengerusikan kerjasama PBS-WARISAN.

Mohd Shafie hari ini mengulangi pendirian bahawa WARISAN tidak akan menolak atau mengemis untuk bekerjasama dengan PBS, tetapi bersedia untuk kedua-dua kemungkinan sama ada PBS bersetuju atau menolak tawaran WARISAN untuk berganding bahu.

Bercakap mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) WARISAN Bugaya yang kosong, Mohd Shafie berkata, adalah lebih baik jika Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya diadakan pada masa sama dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, mereka telah mengenal pasti calon kerusi berkenaan.

Kerusi Bugaya menjadi kosong selepas wakil WARISAN, Datin Manis Muka Mohd Darah, meninggal dunia pada November 2020, hanya dua bulan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Kerusi Parlimen WARISAN, Batu Sapi juga kosong selepas Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pada Oktober 2020.

PRK di kedua-dua kerusi tidak berlangsung selepas pengisytiharan darurat di kerusi terbabit akibat pandemik COVID-19 ketika itu.

Bagaimanapun pengisytiharan darurat di kedua-dua kerusi itu telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat lalu.

Mohd Shafie berkata, WARISAN sebenarnya mempunyai hak untuk mendesak PRK di kerusi Parlimen Batu Sapi dan Bugaya sebelum ini, namun parti terbabit mempertimbangkan kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan jika ia diadakan secara berasingan dengan PRU-15.

“Kami tidak mendesak kerajaan ketika itu kerana pandemik COVID-19, walaupun mengetahui adalah penting untuk WARISAN mempunyai wakil kami di kerusi ini.

“Apa yang lebih penting bukan jumlah kerusi kami tetapi kesihatan rakyat di peringkat akar umbi.

“Kami menyerahkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ia akan menjimatkan kos jika PRK diadakan bersama PRU-15, dan WARISAN bersedia pada bila-bila masa,” katanya. - The Vibes, 9 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik