web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: DAP Johor Seru Semua Cawangan, ADUN Kerja Keras

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 7:57PM

Memandangkan PRU-15 akan diadakan pada bila-bila masa, DAP Johor menyeru semua cawangan dan ADUN di Johor bekerja keras bagi memenangkan calon PH. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyeru semua cawangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri berkenaan bekerja keras untuk memenangkan calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimennya. 

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, ia memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada bila-bila masa. 

“Gerak kerja perlu dimulakan secepat mungkin,” katanya menerusi kenyataan. 

Dalam pada itu, Chin Tong berkata, antara beberapa keputusan utama dalam mesyuarat hari ini adalah DAP Johor bersetuju menerima peletakan jawatan Naib Pengerusi DAP Johor dan Ahli Jawatankuasa negeri, S Ramakrishnan, atas sebab peribadi.

Jelasnya, DAP Johor juga sebulat suara melantik Prem Shobana Ganadas sebagai ahli jawatankuasanya.

Pada Mac lalu, Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15.

Menerusi keputusan rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan Harapan (PH) memperoleh 11 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) (3) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), masing-masing satu kerusi.

Sehubungan itu, pada PRU-15, dijangka pertandingan hanya melibatkan kawasan Parlimen di negeri tersebut yang keseluruhannya berjumlah 26 kerusi. 

Komposisi terkini kerusi Parlimen di Johor adalah PH (11), BN (8), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (4), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (1), MUDA (1) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) (1). - Getaran, 8 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad