web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Kerajaan Diminta Tidak Memperbudak Rakyat - Mahfuz

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 7:31PM

Mahfuz Omar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ‘Sebuah kerajaan yang prihatin kepada rakyat seharusnya tidak membentangkan Bajet 2023 semalam, kemudian membubarkan Parlimen tanpa sempat ia dibahas,” tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kerajaan yang bertanggungjawab tidak sepatutnya bertindak kurang matang seolah-olah memberitahu rakyat ‘kalau mahu bajet ini maka kamu perlu undi kami’.

Katanya, tindakan sedemikian adalah perbuatan jijik dalam sebuah negara demokrasi.

“Setiap tahun, pembentangan bajet dilakukan kerajaan untuk memberitahu jumlah perbelanjaan dan peruntukan akan digunakan pada tahun berikutnya.

“Bajet dibentangkan itu akan dibahas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, demi untuk menambah baik apa diumumkan.

“Selepas dibahas di Dewan Rakyat, ia juga dibahas di Dewan Negara sebelum diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan,” katanya.

Justeru, Mahfuz berkata, kerajaan diharap tidak memperbudak rakyat dengan membentangkan Bajet 2023 tanpa sempat diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Sedarlah seluruh Keluarga Malaysia sekarang berdebar-debar untuk berdepan musim tengkujuh, bukan mengharapkan PRU-15 diadakan,” katanya.

Desas-desus pembubaran Parlimen semakin hangat diperkatakan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat memasuki Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kelmarin, sehari sebelum pembentangan Bajet 2023.

Beliau dikatakan akan memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Sebelum itu, Ismail Sabri berkata ‘agenda tambahan’ termasuk berkaitan pembubaran Parlimen mungkin dibincangkan pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong jika berkesempatan.

Bagaimanapun, Istana Negara memberi bayangan pertemuan antara Al-Sultan Abdullah dengan Ismail Sabri itu, tidak membincangkan agenda pembubaran Parlimen.

Ini berikutan hantaran di Facebook rasmi Istana Negara memaklumkan kedua-duanya bertemu untuk membincangkan mesyuarat Pra-Kabinet. – Getaran, 8 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95