web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Ingatkan UMNO, BERSATU Tak Saling Berbantahan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 6:22PM

Abdul Hadi (tengah) ketika hadir pada Konvensyen Perikatan Nasional (PN) yang diadakan pada bulan Ogos lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Susulan hubungan dingin antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS mengingatkan kedua-dua parti itu agar tidak berbantahan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan itu akan mengakibatkan parti berkenaan dilihat gagal dan lemah. 

“Kepada UMNO dan BERSATU, PAS mengingatkan firman Allah (yang bermaksud) ‘Dan taatilah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu saling berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gagal dan hilang kekuatan kamu serta bersabarlah. 

“Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang sabar’ (Surah al-Anfal: 46),” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti Melayu terbesar negara itu tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam mana-mana pilihan raya.

Katanya, perkara terbabit sudah diputuskan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu.

“Tidak timbul isu UMNO cepat atau lambat membuat keputusan (untuk bekerjasama). Sebaliknya perkara itu sudah dimuktamadkan pada perhimpunan lalu yang memutuskan bahawa UMNO tidak pernah akan bekerjasama dengan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Noktah!,” katanya.

Manakala, Muhyiddin pada 24 September lalu dilaporkan berkata, semua parti komponen PN yang turut dinaungi BERSATU dan PAS perlu sepakat bahawa musuh utama gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah BN.

Justeru, Pengerusi PN itu mengingatkan parti komponen gabungan itu supaya bergerak sebagai satu pasukan dengan hala tuju sama.

Muhyiddin berkata, parti dalam PN tidak sepatutnya membuat kenyataan atau menyatakan pendirian bertentangan antara satu sama lain.

“Apabila tiba masa PRU-15 diadakan, maka PN didukung BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), PAS, GERAKAN (Parti Gerakan Rakyat Malaysia), STAR (Solidariti Tanah Airku) dan SAPP (Parti Progresif Sabah) akan gerakkan semua jentera kita,” katanya.

Susulan kenyataan Muhyiddin, kedudukan PAS kini didakwa dalam dilema.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, istilah digunakan Muhyiddin itu ‘merosakkan’ usaha parti Islam berkenaan yang baru sahaja mahu membina semula jambatan dengan BN. - Getaran, 8 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad