web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerjasama Dengan UMNO: PAS Mahu Penyatuan Ummah 3 Parti Teras Melayu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 3:02PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada kata putus dibuat PAS mengenai kerjasama dengan UMNO hari ini, apabila kepimpinannya mengambil ketetapan untuk meneruskan usaha penyatuan ummah dalam kalangan tiga parti teras Melayu itu, termasuk dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Malah, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, partinya berpandangan perlu ada ‘keanjalan’ berhubung syarat serta rundingan bersama UMNO dan BERSATU.

“PAS tetap akan meneruskan usaha penyatuan ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), seterusnya menjamin kestabilan politik negara pasca-PRU-15. 

“PAS berpandangan perlu ada ‘keanjalan’ dalam rundingan dengan pihak UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), termasuk berkenaan syarat-syarat dikemukakan serta rundingan kerusi sedang diusahakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Abdul Hadi berkata, mesyuarat itu juga menetapkan PAS yang menerajui kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan membangkitkan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat. 

“Ini bagi menumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pada pertengahan November ini hingga Mac 2023, di samping usaha dan langkah pemulihan ekonomi pasca COVID-19,” katanya. 

Terdahulu, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini, hari ini berlangsung lebih dua jam bermula kira-kira 11.30 pagi. 

Antara perkembangan dinanti ramai adalah keputusan sama ada PAS memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) dan BERSATU sebagai ‘rakan kongsi’ pada PRU-15.

Bagaimanapun, pemimpin parti itu yang hadir mengunci mulut apabila ditanya media berhubung maklumat dan hasil mesyuarat berkenaan. 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hasil mesyuarat itu akan dikeluarkan kemudian dan difahamkan menerusi kenyataan Abdul Hadi. 

Satu lagi mesyuarat PAS dikatakan akan diadakan malam ini di Putrajaya.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, PAS perlu memenuhi tiga tuntutan jika mahu kerjasama politik antara kedua-dua parti itu kembali dijalin, bagi berdepan PRU-15. 

Katanya, tiga tuntutan itu adalah keluar daripada PN, memutuskan hubungan politik dengan BERSATU dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufarakah’ (berpisah) sepenuhnya daripada PN dan BERSATU. - Getaran, 8 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad