web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zuraida Sah Presiden Baharu PBM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 9:52AM

Zuraida Kamaruddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai Presiden baharu Parti Bangsa Malaysia (PBM), bagi menggantikan Datuk Larry Sng.

Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad berkata, pelantikan itu antara tujuh usul diluluskan sebulat suara pada Persidangan Agung Tahunan (PAT) 2022 parti berkenaan di Shah Alam, 1 Oktober lalu.

“Antara usul diterima sebulat suara adalah meletakkan Zuraida sebagai Presiden PBM. Sehubungan itu, Majlis Tertinggi yang bersidang semalam meneliti dan menjalankan proses wajar serta bersesuaian dengan garis panduan Perlembagaan Parti, mengangkat YB Zuraida sebagai presiden parti.

“Majlis Tertinggi dan seluruh ahli PBM mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini. (Kami) mendoakan Zuraida terus diberi kekuatan bagi meneraju parti untuk terus cemerlang dalam memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nor Hizwan berkata, Majlis Tertinggi menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Larry yang memimpin parti sebelum ini.

Pada 2 Oktober lalu, Larry yang juga Ahli Parlimen Julau menegaskan, beliau masih Presiden PBM dan tidak akan meletakkan jawatan sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam masa terdekat.

Katanya, proses peralihan kuasa susulan keputusan parti itu melantik Zuraida sebagai ‘presiden pengganti’, perlu dilaksana mengikut prosedur sewajarnya. - Getaran, 8 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Hasrat Zuraida Kembali Sertai BERSATU Ditolak

2

Politik 3 tahun yang lalu

PBM Selayang Sahkan Bubar Jawatankuasa Bahagian Sejak 15 Januari

3

Politik 3 tahun yang lalu

Ke Mana Hala Tuju Politik Zuraida Selepas Dipecat Daripada PBM?

4

Politik 3 tahun yang lalu

Nasib Zuraida Kini Di Tangan Jawatankuasa Disiplin PBM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik