web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Perlu Umum Parlimen Akan Bersidang Seperti Dirancang - Kit Siang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 7:00AM

Kit Siang berkata seorang Perdana Menteri yang membubarkan Parlimen dalam keadaan seperti ini akan diingati untuk beberapa generasi akan datang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengumumkan bahawa Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan bersidang seperti dirancang, bermula 3 Oktober lalu sehingga 7 Disember depan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri juga perlu mengumumkan bahawa sebarang cubaan untuk memendekkan sidang perbahasan dan kelulusan Bajet 2023 tidak akan berlaku, sama ada di peringkat Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Menurut beliau, adalah amat tidak bertanggungjawab untuk mengadakan pilihan raya umum ketika negara sedang berhadapan dengan musim tengkujuh dan bencana banjir, apatah lagi terdapat kemungkinan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda bernilai berbillion ringgit.

“Dan seorang Perdana Menteri yang membubarkan Parlimen dalam keadaan seperti ini akan diingati untuk beberapa generasi akan datang,” katanya.

Veteran DAP itu menambah, bukan sesuatu yang membanggakan buat Ismail Sabri atau Malaysia apabila persoalan sama ada Parlimen akan dibubarkan atau tidak telah berjaya melumpuhkan kerajaan, dengan barisan menteri tidak tahu jika mereka perlu ke Parlimen atau sebaliknya.

Atas sebab itu jelasnya, beliau sebelum ini telah meminta Perdana Menteri untuk mengumumkan bahawa keutamaan kerajaan adalah menangani krisis ekonomi yang dihadapi rakyat akibat peningkatan harga barangan serta penyusutan nilai ringgit, dan  menyediakan negara bagi menghadapi kedatangan musim tengkujuh dan bencana banjir.

“Langkah itu (lebih) penting berbanding mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sekali gus dapat mengalihkan tumpuan terhadap persoalan sama ada Parlimen akan dibubarkan sebelum atau selepas pembentangan Bajet 2023,” tegasnya.

Kit Siang berkata, bencana banjir dilaporkan telah meragut 54 nyawa dan menyebabkan kerosakan berjumlah RM6.5 bilion pada tahun lalu.

Jelasnya, Ismail Sabri juga perlu sedar bahawa pengumuman pembatalan proklamasi darurat untuk dua kerusi Parlimen, masing-masing di Batu Sapi dan Gerik serta satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Bugaya, Sabah, akan terus memarakkan spekulasi mengenai pembubaran Parlimen selepas pembentangan Bajet 2023.

“Saya telah tekankan bahawa Ahli-Ahli Parlimen, tanpa mengira parti, perlu melindungi maruah dan nama baik Parlimen Malaysia dan tidak boleh membiarkan 38 Ahli Parlimen mencemarkan nama Parlimen, semata-mata kerana pimpinan ‘kluster mahkamah’ dalam UMNO mahu melarikan diri daripada hukuman penjara akibat kesalahan rasuah mereka,” katanya. - Getaran, 8 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Tun, Boleh Lawat Pameran Rukun Negara Jika Masih Kritik Prinsip Majmuk’

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad