web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kedah Kekal Pendirian Tidak Bubar DUN Hingga Mac Tahun Depan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 3:48PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun ini sekiranya kerajaan persekutuan membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau telah menyembah maklum perkara itu kepada Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Selasa lalu.

“Saya telah sembah maklum kepada Tuanku (Sultan Kedah) bahawa kerajaan negeri tidak akan membubarkan DUN pada tahun ini sehingga bulan Mac 2023, selepas daripada itu (Mac tahun depan) bolehlah dipertimbangkan untuk (DUN) dibubarkan.

“Tuanku titah (bahawa) itu kuasa Menteri Besar, (jadi) terpulanglah kepada pertimbangan Menteri Besar. (Jadi) saya selamat dah (sebab) untuk DUN tak gaduh (tiada) pilihan raya sampai tahun depan,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan program Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Kota Setar di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata keputusan kerajaan negeri itu adalah berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia yang menjangkakan cuaca buruk dan risiko bencana banjir mulai November ini hingga Mac tahun depan.

Menurutnya, sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini ia akan menyukarkan orang ramai untuk keluar mengundi serta mungkin menyulitkan pasukan keselamatan seperti polis untuk menguruskan aspek keselamatan akibat banjir dan pada masa sama memantau perjalanan pilihan raya.

PAS sebelum ini membuat ketetapan tidak membubarkan DUN tiga negeri yang diterajuinya (Kedah, Kelantan dan Terengganu) sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Parti Modi Gagal Peroleh Majoriti Mudah Setakat Ini

4

Politik 2 tahun yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran