web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Agenda Tergempar Dalam Mesyuarat UMNO Malam Ini - Ahmad Maslan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 10:17PM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata tiada sebarang agenda tergempar yang akan dibincangkan dalam mesyuarat parti itu pada malam ini.

Beliau berkata pertemuan pucuk pimpinan tertinggi parti malam ini hanyalah perjumpaan rutin yang sering diadakan parti itu.

“Memang kami ada mesyuarat, siang ada mesyuarat, petang ada mesyuarat, malam ada mesyuarat perbincangan yang tajuk berbeza-beza malam ini cuma mesyuarat biasa daripada siri mesyuarat-mesyuarat yang diadakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Ditanya mengenai jika antara inti pati pertemuan pucuk pimpinan tertinggi parti pada malam ini untuk membincangkan mengenai manifesto Pilihan Raya Ke-15 (PRU15), beliau berkata perkara itu adalah normal untuk diketengahkan dalam mesyuarat parti bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang hadir kira-kira 7.40 malam tadi ketika ditanya pemberita berkata: “Bincang manifesto,” jawabnya ringkas apabila ditanya mengenai kehadirannya pada malam ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Terdahulu antara individu yang hadir dalam pertemuan itu adalah bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Mengulas mengenai kedatangan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu ke Ibu Pejabat UMNO beliau berkata ia hanyalah kunjungan biasa.

“Pelbagai pihak datang berjumpa dengan kita. Sesiapa pun boleh berkunjung termasuk duta-duta dan ini adalah persediaan yang biasa,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 11 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja