web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Jumpa 40 ADUN BN Johor

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 10:00AM

Kenderaan dipercayai membawa Zahid Hamidi tiba di kediaman rasmi MB Johor jam 8.16 malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri satu perjumpaan tertutup bersama 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Johor di si9ni, malam tadi.

Perjumpaan tersebut diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, di Saujana, Jalan Hassan Al-Attas, di sini.

Kenderaan yang membawa Presiden UMNO itu tiba di kediaman rasmi Menteri Besar itu pada jam 8.16 malam.

Selain Onn Hafiz, pertemuan itu turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Turut kelihatan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

Difahamkan kesemua pemimpin utama UMNO Johor serta  40 ADUN BN itu sudah berada di Saujana sejak jam 8 malam tadi dengan agenda utama persiapan jentera pilihan raya negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lepas, BN berjaya memperolehi mandat besar dengan memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi.

Pada PRU14 lepas, daripada 26 kerusi Parlimen di Johor,  PH memenangi 18 kerusi manakala BN lapan kerusi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 2 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad