web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Gesa Ahli Ingat ‘Kepentingan Berpolitik Tidak Mengatasi Keutamaan Rakyat’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 6:58PM

Dewan Ulamak PAS Pusat menyarankan agar semua pihak bertenang terlebih dahulu, menyelesaikan isu rakyat dalam fasa endemik kini dan memastikan penggal pemerintahan berakhir sebelum melaksanakan PRU - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – PAS digesa tidak mengutamakan kepentingan berpolitik semata-mata sehingga melupakan kepentingan rakyat yang tidak seharusnya dikompromi.

Ia adalah satu daripada tujuh gesaan dikeluarkan Dewan Ulamak PAS.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Senator Datuk Ahmad Yahya berkata, desakan berterusan terhadap pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) secepat mungkin perlu diteliti semula.

“Ini atas dasar kepentingan rakyat dan bukan kepentingan politik semata-mata supaya urusan menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat, hendaklah diutamakan terlebih dahulu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad berkata, gesaan lain adalah keadaan cuaca tidak menentu dan musim peralihan monsun yang menjadi tanda awal kepada perlunya kesiapsiagaan rapi menghadapi kemungkinan bencana banjir besar. 

“Ironinya, dalam keadaan tidak menentu ini, ada pihak masih tegar mahu melaksanakan pilihan raya ketika rakyat sedang diselubungi kebimbangan.

“Semua pihak juga digesa mengingati kejadian banjir puing dahsyat melanda beberapa negeri, termasuk negeri di Pantai Barat pada penghujung tahun lalu. Walaupun banjir sebesar itu jarang sekali berlaku, dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, kebarangkalian berlakunya banjir besar oleh agensi tertentu tetap berasas.

“Kemudian mereka digesa ingat bahawa rakyat pernah dikecewakan dengan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September 2020, ketika negara masih dihimpit pandemik COVID-19 dan punca penularan sporadik kes yang kembali meningkat selepas itu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Dewan Ulamak PAS Pusat menyarankan agar semua pihak bertenang terlebih dahulu, menyelesaikan isu rakyat dalam fasa endemik kini dan memastikan penggal pemerintahan berakhir sebelum melaksanakan PRU.

Seterusnya, Ahmad berkata, ahli politik tidak mengira latar belakang, seharusnya mengambil iktibar terhadap rantaian isu yang berlaku di negara ini.

Katanya, jangan disebabkan sikap segelintir yang masih berdegil, ia memberi kesan buruk kepada parti itu, seperti ‘kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga’.

Selain itu, beliau berkata, PAS turut menggesa ahli parti terbabit berpegang kepada prinsip ‘antara matlamat berpolitik adalah tanggungjawab menjaga keperluan dan kebajikan rakyat’. 

“Apalah ertinya jika politik hari ini meminggirkan tujuan dan matlamat tanggungjawab terhadap rakyat ?” katanya. – Getaran, 5 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja