web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Nafi Namakan Abdul Hadi Sebagai Calon Perdana Menteri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 6:48PM

PAS menafikan memilih Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN), sekiranya parti itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – PAS menafikan memilih Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN), sekiranya parti itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut PAS, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan dan kesal atas tindakan pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

“PAS menafikan kenyataan media kononnya dikeluarkan Setiausaha Agung (Tan Sri Takiyuddin Hassan) bahawa parti ini menamakan Abdul Hadi sebagai calon Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, tular kenyataan bertajuk ‘Bersama Mempertahankan Kepimpinan Ulama’ mendakwa PAS bersama PN sentiasa memberikan komitmen untuk mencalonkan individu yang membawa agenda Melayu Islam, bagi menerajui kepemimpinan negara.

Kenyataan tersebut juga menyeru rakyat untuk berdiri teguh mengangkat dan mempertahan kepimpinan bagi menerajui negara.

Ia didakwa berbeza dengan pendirian beberapa pemimpin PN yang mahu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri. - Getaran 5 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad