web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Pelan B Jika PH Tolak Hasrat MUDA - Syed Saddiq

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 5:04PM

Bercakap di radio BFM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sekiranya MUDA ditolak, kedudukan parti tersebut akan dibincangkan semula oleh kepimpinan eksekutifnya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiada ‘Pelan B’ jika Pakatan Harapan (PH) memutuskan menolak Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai ahli gabungan itu, kata Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu program radio hari ini.

Bercakap di The Breakfast Grille BFM, beliau berkata, sekiranya MUDA ditolak, kedudukan parti tersebut akan dibincangkan semula oleh kepimpinan eksekutifnya.

“MUDA sebagai parti yang benar-benar demokrasi, jika ada penolakan, saya akan bawa semula (perkara ini) kepada exco MUDA.  Tetapi sekali lagi, keutamaan saya adalah untuk memajukan Malaysia dan ia benar-benar untuk membahaskan visi alternatif untuk Malaysia,” katanya kepada BFM.

Ditanya sama ada terdapat Pelan B, beliau menjawab: “Tiada Pelan B”.

“Akhirnya, saya tidak mahu menjadi satu-satunya penentu arah masa depan MUDA,” tambahnya merujuk kepada membawa perkara itu kembali kepada kepimpinan parti berkenaan.

MUDA sebelum ini berdepan bantahan, terutama dari ahli PKR dalam hasratnya untuk menyertai PH secara rasmi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beberapa ketua PEMUDA PKR negeri, dilapor mengemukakan surat kepada presidennya yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggesa beliau tidak menerima parti baharu berkenaan.

Segelintir pemimpin PKR juga memberitahu Syed Saddiq bahawa beliau mesti mengisytiharkan sokongan kepada Anwar untuk calon Perdana Menteri PH sebagai satu daripada syarat menyertai gabungan berkenaan.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar hari ini berkata, beliau ‘tiada sebarang keraguan’ mengenai Anwar sebagai calon Perdana Menteri tunggal PH .

“Saya tidak meraguinya tetapi satu perkara yang saya pelajari adalah lebih baik untuk mengumumkannya sebagai satu pasukan, daripada saya mengumumkannya secara unilateral.  Tiada sebarang keraguan, saya amat menghormati Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Syed Saddiq menambah, semua perkara mengenai dasar, kepimpinan dan calon Perdana Menteri gabungan tersebut akan dimuktamadkan dalam Majlis Presiden PH yang bakal memutuskan permohonan MUDA.

Jelasnya, beliau sudah memaklumkan pendiriannya mengenai pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri kepada Majlis Rundingan PH yang ditugaskan untuk mengkaji hasrat kemasukan MUDA, selain kepada pemimpin individu PH.

Beliau juga percaya pengumuman positif akan dibuat mengenai kemasukan MUDA ‘tidak lama lagi’.  – The Vibes, 5 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad