Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Apa Keperluan Adakan PRU-15 Ketika Banjir?, Kepercayaan Terhadap PM Masih Solid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 12:43PM

Dr Hussain berkata tidak sewajarnya Ismail Sabri mendengar desakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO yang sanggup meredah banjir pada PRU-15 ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri membubarkan Parlimen ketika negara berdepan banjir, memandangkan beliau masih mempunyai sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, malah tidak sewajarnya Ismail Sabri mendengar desakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO yang sanggup ‘meredah banjir’ pada Pilihan Raya Umum ke-15. 

Menurutnya, penghujung tahun bukanlah waktu sesuai untuk melaksanakan pilihan raya, berikutan Malaysia diramal mengalami banjir besar pada November disebabkan hujan berterusan. 

“Perlu fikir tarikh sesuai (adakah PRU-15) kerana jika diadakan pada musim banjir, ia akan memberi persepsi negatif kepada kerajaan. Kalau nak bubarkan pada hujung tahun lebih baik ditangguhkan agar rakyat selesa membuat pilihan.

“Setakat ini juga, tiada Ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang tarik diri terhadap Ismail Sabri, sehingga kerajaan tumbang dan Parlimen terpaksa dibubarkan.

“Perdana Menteri masih dapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat. Jadi, jika difikirkan, nak buat PRU musim hujan tak sesuai kerana menyukarkan rakyat,” katanya kepada Getaran.

Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

Hussain berkata, sekiranya kerajaan berkeras mahu mengadakan PRU-15 pada musim banjir, Perdana Menteri perlu memberi jaminan bahawa kebajikan rakyat kekal terpelihara.

“Kena ada justifikasi kuat atau perancangan tambahan terhadap negeri yang berkemungkinan banjir sekiranya mahu bubarkan Parlimen tahun ini. Sekiranya tidak diteliti sepenuhnya, akan timbul isu di kemudian hari. Kerajaan perlu pandang serius jangan hanya semata-mata untuk politik.

“Perdana Menteri kena beri jaminan agar rakyat boleh menerima sebab apa kerajaan melaksanakan PRU ketika musim banjir. Kaji ia secara menyeluruh kerana banyak pihak, khususnya rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertungkus lumus menghulurkan bantuan setiap kali berdepan musibah itu,” katanya. 

 Dr Junaidi Awang Besar
Dr Junaidi Awang Besar

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Junaidi Awang Besar tidak menolak kemungkinan PRU-15 dilaksanakan tahun ini, sebagai strategi peratusan keluar mengundi menjadi rendah. 

Jelasnya, perkara itu sudah terbukti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka disebabkan UMNO mempunyai jentera serta pengundi kuat di peringkat akar umbi, khususnya mereka yang menetap di kawasan pedalaman atau kampung. 

“Parti lama ada jentera kuat dan penyokong dia akan turun mengundi. Tak turun ini pengundi atas agar atau mereka tiada parti. Macam UMNO atau PAS...mereka dah ada pengundi dia. 

“Cuma (untuk lebih menang kukuh) bergantung pada peratusan pengundi atas pagar. Ini persoalan sekiranya pengundi akan keluar beramai-ramai seperti tahun 2018 jika (PRU-15) diadakan pada musim banjir,” katanya. 

Lee Chean Chung
Lee Chean Chung

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Lee Chean Chung berkata, tindakan UMNO yang masih mendesak PRU pada musim banjir menunjukkan seolah-olah nyawa dan harta benda rakyat tiada nilainya buat kepimpinan tertinggi parti itu. 

“Sikap UMNO mahupun Barisan Nasional (BN) sebegini memadai untuk kita sedar sejauh manakah nilai nyawa dan harta kita di mata politikus ini,” katanya. 

Chean Chung berkata, sewajarnya Ahmad Zahid dan pengikutnya takut dengan kemungkaran politik yang dilakukan mereka, sehingga menyebabkan dasar dibawa Ismail Sabri terjejas akibat persepsi negatif diwujudkan pemimpin tersebut. 

“Yang harus takut adalah mereka yang membankrupkan konsep Keluarga Malaysia, merisikokan negara dan menggadaikan nyawa rakyat demi kelangsungan politik mereka. 

“Perkara itu bukan Keluarga Malaysia, tapi komplot politikus Namanya,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan Perdana Menteri ‘wajib’ membubarkan Parlimen selepas pembentangan Bajet 2023 pada Oktober ini.

Beliau mengingatkan kepada Ismail Sabri agar melaksanakan PRU-15 pada tahun ini yang menjadi hasrat dan suara kepimpinan setiap negeri, khususnya daripada ahli akar umbi UMNO serta BN.

Jentera BN juga, katanya, sudah bersiap siaga sekiranya PRU-15 diadakan pada November ini, iaitu ketika negara menghadapi musim banjir.

“Perkataan bubar itu Perdana Menteri dengar dengan jelas. Saya yakin beliau (Ismail Sabri) dapat petunjuk nyata dan jelas. Insyallah, beliau tidak akan tunggu lama lagi.

“Kita tahu 7 Oktober ini pembentangan Belanjawan (Bajet 2023). Buatlah apa patut lepas pembentangan dan yakin ia perlu punya ‘goodies’ yang baik. Ini ertinya keprihatinan Perdana Menteri dan kerajaan terhadap generasi muda pelbagai kaum. 

“Kita tahu ada banjir, namun sanggup rendah banjir untuk berkempen. Masa banjir Pemuda, Wanita, Puteri turun lebih ramai dari parti lain...kita sanggup turun dan kempen masa banjir mahupun hujan lebat,” katanya. - Getaran, 5 Oktober 2022.

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

Luar Negara 3 jam yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Myanmar Dan Bangladesh Disyaki Dalang Utama Sindiket Pekerja Asing Ditahan